BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: onizuka80an@yahoo.com

From_Name: Mohd Asrin Bin Ismail

Subjek: Other

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Bertemu kita semua sekali lagi. Apa yang saya hendak nyatakan disini  adalah berhubung kait bermacam macam perkara yg berlaku di sekeliling  kita semua.

1) Perkara ini berkait rapat dengan agama Islam sendiri. Jika dilihat  sekiranya kita dapati ada sesetengah artis yang ditangkap berkalwat,  apakah hukuman yang dikenakan keatas mereka ? Sekiranya rakyat  biasa,sudah tentu wajib dikahwinkan.

2) Berkait rapat dengan infrastruktur yang dibangunkan oleh Tun Dr.  Mahathir Mohammad. K.L.I.A sebagai contoh, ramai yang mengutuk semasa pembinaan K.L.I.A  kerana memakan belanja yang tinggi dan tidak diperlukan sama sekali.  Tetapi kini, cuba kita lihat berapa banyak mereka yang menggunakannya ?  Adakah Lapangan Terbang Subang dapat menampung jumlah pengguna yang  menggunakan K.L.I.A sekarang ini ?

K.L.C.C bukan dibangunkan untuk kegunaan biasa malah rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana negara kita bukan sahaja memiliki 1 bangunan tertinggi didunia malah 2 bangunan sebenarnya. Dan ini telah membuka mata dunia supaya mereka sedar bahawa Malaysia bukanlah negara yang boleh dipandang remeh seperti dulu. Jika dilihat dari sejarah, dahulu apabila kita tanya orang asing dimanakah Malaysia. Mereka akan memberi jawapan bahawa, negara yang terletak diatas Singapura. Ini jelas menunjukan bahawa Malaysia ketika itu masih belum dikenali umum.

Litar Sepang dibangunkan kerana bertujuan bagi menarik lebih ramai pelancong asing supaya melawat negara kita.Secara tidak langsung, orang asing dapat mengenali malaysia dengan lebih dekat lagi.Malah dapat membantu peniaga peniaga kecil seperti anda semua untuk melariskan jualan kerana orang asing mempunyai kuasa beli yang tinggi.

3) Berkait rapat dengan krisis matawang yang berlaku suatu ketika dahulu. Adakah anda semua sudah lupa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menyelamatkan harta benda yang anda miliki sekarang ? Sekiranya Malaysia mengikut telunjuk Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sudah pasti negara kita akan dibeli oleh Amerika Syarikat  kerana negara kita sudah menjadi seperti Indonesia.

Sekiranya ada antara rakyat Malaysia sendiri yang mengutuk Tun Dr.  Mahathir Mohammad, maka saya mengutuk keras diatas tindakan mereka itu  semua.Pada pendapat saya, mereka BAGAIKAN RAKYAT YANG TERLUPA DIRI DARI  MANA ASAL USUL MEREKA SENDIRI.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762