BALIK KE MUKA UTAMA


LAYARI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM

KONFLIK MAHATHIR - ABDULLAH : PROWARIS BERSYUKUR CADANGANNYA DITERIMA

KUALA LUMPUR, 2 Jul - Seluruh Ahli Barisan Peneraju dan Majlis Penasihat Pergerakan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) menadah tangan dan bersyukur kepada Allah SWT kerana cadangan ProWaris Malaysia diterima oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

ProWaris Malaysia mengakui bahawa kestabilan politik dan ekonomi negara akan terganggu sekiranya permasalahan di atas berpanjangan. Dalam kenyataan rasmi bertarikh 10 Jun yang lalu, ProWaris Malaysia menyarankan agar pertemuan di antara Dato' Seri Abdullah dan Tun Mahathir di atur segera dengan kehadiran seorang pihak yang tidak mempunyai kepentingan politik mahupun ekonomi.

Kelmarin YB Datuk Zainuddin Maidin, mengumumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed telah bersetuju untuk betemu dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kehadiran seorang pihak berkecuali.

Menurut Feriz Omar, Presiden ProWaris Malaysia, sikap keterbukaan pemimpin kita menampakkan bahawa Agenda Melayu adalah objektif yang paling penting dalam pembangunan bangsa dan negara.

"Keinginan Tun Dr Mahathir untuk berbincang secara matang dengan Pak Lah juga membuktikan bahawa teguran beliau bukanlah untuk kepentingan dirinya sendiri seperti yang ditempelak oleh beberapa pihak. Perbincangan terbuka antara Pak Lah dan Tun Mahathir menampakkan kematangan demokrasi negara dan Bangsa Melayu itu sendiri" ujar Feriz.

Namun demikian apabila ditanya samada penglibatan media untuk membuat liputan mengenai perbincangan tersebut, Feriz menyatakan "Perbincangan itu sepatutnya dijalankan secara tertutup kerana ini adalah masalah "dalaman" negara dan bangsa yang juga melibatkan individu-individu tertentu".

Seluruh Barisan Peneraju dan Majlis Penasihat ProWaris Malaysia kesal dengan sikap beberapa pihak yang mengambil kesempatan dalam pertelingkahan Mahathir-Abdullah dengan pendekatan "murahan" untuk menonjolkan diri tanpa memikirkan perpecahan Bangsa Melayu.

"Kehadiran pemimpin-pemimpin sebegini akan terus mengganggu-gugat proses bangsa dalam mencapai Misi dan Visi Agenda Melayu" katanya.

LAYARI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762