|
PROTES KENAIKAN TOL
(Gabungan parti-parti politik, kesatuan sekerja dan
badan-badan bukan kerajaan)
27 Disember 2006
Kepada:
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Kami, rakyat Malaysia, meluahkan rasa dukacita kami
serta membantah keputusan kerajaan meluluskan
kenaikan 20% - 60% kadar bayaran tol. Kenaikan
tersebut tentu sekali menambahkan beban pada
kehidupan rakyat, terutamanya di bahu mereka yang
berpendapatan rendah di sekitar Lembah Kiang.
Kami percaya warganegara Malaysia seluruhnya
menerima kesan daripada siri-.siri kenaikan harga
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan
nampaknya gagal membendung tekanan inflasi yang
semakin mencengkam.
Adalah membimbangkan apabila pihak kerajaan
nampaknya tidak mampu melaksanakan sebarang strategi
menangani inflasi. Namun dalam masa yang sama,
agensi kerajaan dan badan yang bertanggungjawab
semakin rakus melonjakkan inflasi dengan
memperkenalkan kadar bayaran baru disamping
mengizinkan kenaikan harga.
Pada amatan kami, tindakan kerajaan menunjukkan
tiadanya keprihatinan serius pada tanggungan dan
kesusahan mereka yang memerlukan. Dengan iklim
ekonomi mutakhir ini, kenaikan harga akan terus
menghakis kualiti kehidupan warga Lembah Klang.
Ditambah pula dengan kelembapan ekonoini, golongan
pencari nafkah terpaksa menanggung satu lagi beban
besar.
Berikutan tiadanya pengangkutan alternatif yang
cekap dan menyeluruh, pengangkutan persendirian,
kereta terutamanya, menjadi cara utama penduduk
Lembah Klang untuk bergerak. Kenaikan tol sekali
lagi mendedahkan kegagalan skim penswastaan
kerajaan. Beban kenaikan tol ini bukan sahaja
bencana buat pengguna barang dan otomobil, malahan
juga menyebabkan kebocoran serius dalam dana awam.
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Sen Samy Vellu,
kerajaan terpaksa membayar gantirugi mencecah RM 2,5
89 juta kepada lima syarikat konsesi lebuhraya di
Lembah Klang baru membendung kenaikan kadar tol dan
meningkat lebih tinggi daripada 20% - 60% yang
dicadangkan berkuatkuasa pada 1 Januani 2007.
Dan dalam perkembangan yang sama, Menteri Kerja Raya
mengumumkan bahawa kerajaan telahpun membayar
gantirugi sejumlah RM 2,275 juta kepada empat
pengusaha Iebuhraya dan lima pengusaha terbabit,
tidak termasuk Lebuhraya Guthnie yang merupakan
lebuhraya yang baru; dan dibutirkan seperti berikut:
Gantirugi RM 1,197 juta untuk Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak;
Gantirugi RM 479.7 juta untuk Lebuhraya
Damansara-Puchong;
Gantirugi RM 371.8 juta untuk Lebuhraya Kesas;
serta
Gantirugi RM 226 juta untuk Lebuhraya
Cheras-Kajang.
Demikian itu, jelas sekali jumlah gantirugi yang
amat besar dari dana awam mewakili pengurniaan
subsidi raksasa kepada syarikat-syanikat besar.
Malahan juga, gantirugi tersebut berjumlah jauh
lebih besar dan separuh kos keseluruhan pembinaan
bernilai RM 4,125 juta itu.
Penganugerahan konsesi-konsesi pungutan tol kepada
syarikat besar telah menjadi satu budaya
tidak-produktif, cara untuk mengaut keuntungan mudah
dan kocek rakyat Malaysia yang setiap hari meredah
kesesakan lalulintas dan memerah tenaga siang dan
malam untuk mencari rezeki. Tegasnya, kos pembinaan
tidak Iangsung mewajarkan kadar tl! dibayar, dan ia
dibutirkan seperti berikut:¬
RM 1.42 bilion Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
dengan tempoh konsesi 1996-2030, kadar tolnya
meningkat dan RM I ke RM 1.60, kenaikan 60 peratus.
RM 1.3 bilion Lebuhraya Kesas dengan tempoh
konsesi 1993-2024, kadar tolnya meningkat dan RM
1.50 ke RM 2.20, kenaikan 47 peratus.
RM 336 juta Lebuhraya Cheras-Kajang dengan tempoh
konsesi 1995-2026, kadar tolnya meningkat 30 sen
suatu kenaikan diantara 43 peratus hingga 50
peratus.
RM 568 juta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dengan
tempoh konsesi 1994-2032, kenaikan diantara 20
peratus dan 25 peratus; serta
RM 501 juta Lebuhraya Guthrie dengan tempoh
konsesi 2000-2035, kadar to! meningkat dan RM I ke
RM 1.40, kenaikan 40 peratus.
Gantirugi yang dipaksakan oleh syarikat-syarikat
konsesi jauh lebih tinggi dan kos pembinaan. Ia
membingungkan rakyat Malaysia sekalian apabila
didedahkan bahawa syarat dan perjanjian dan
penswastaan lebuhraya tidak langsung mempunyai
munasabah ekonomi. Rakyat, secara jelas, tidak
menenima manfaat danipada skim ini selain dariipada
bebanan kewangan yang semakin menimpa-nimpa.
Keadaan ini membangkitkan persoalan wibawa dan
cermat. Kerajaan nampaknya tidak berdaya
merundingkan perjanjian yang kos-efektif dan
bermanafaat dengan syarikat konsesi lebuhraya.
Malangnya, kami rakyat Malaysia, meskipun dibebankan
dengan cukai yang berat dan tol-tol ini, tidak
diberi peluang untuk melihat dan menilai isi-kandung
kontrak-kontrak lebuhraya yang terbabit.
Dengan itu, kami seperti yang disebutkan dibawah,
menegaskan pendirian tetap kami menuntut:
1. Pendedahan kesemua kontrak-kontrak diantara
kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya.
Sebagai pembayar cukai dan warganegara negara ini,
kami mempunyai hak untuk mengetahui isi ¬kandung
rundingan, peijanjian dan persetujuan yang memberi
kesan kepada kehidupan kami.
2. Kenaikan kadar tol yang diumumkan untuk I Januari
2007 harus digantung. Kerajaan seharusnya menubuhkan
suatu badan bebas untuk penilaian terbuka dan
komprehensif keatas kesemua konsesi lebuhraya,
dengan tujuan untuk meringankan kesusahan rakyat
serta juga mengurangkan pembaziran dana rakyat da!am
kontrak-kontrak penswastaan yang tidak adil mi.
3. Pendedahan semua pendapatan yang diaudit, yang
telah dipungut oleh setiap syarikat lebuhraya. Jika
syarikat-syarikat konsesi telah mendapat pulangan
modal keseluruhan kos pembinaan, maka kerajaan
Seharusnya memhentikan-kontrak-kontrak ini seawall
mungkin atau membeli semula konsesi tersebut.Ini
mungkin lebih menjimalkan kepada kerajaan dan
membeni subsidi kepada syarikat besar secara
berterusan.
Demi kepentingan rakyat seluruhnya, kami menggesa
kerajaan supaya telus dalam menjawab kesemua soalan
kami berkenaan kenaikan harga tol. Rakyat mempunyai
hak untuk tahu dan memahami proses merangka dasar,
terutamanya apabila kita diminta untuk berkongsi
beban kewangan kerajaan.
Akhir sekali, kami meminta kerajaan untuk
mempertimbangkan secara serius cadangan-cadangan
yang dikemukakan untuk kebaikan semua.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bahagian Pemuda
(SCAHIYS)
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
Janingan Rakyat Tertindas (JERIT)
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ,
Parti Islam SeMalaysia (PAS) -
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Youth for Change (Y4C)
Demonstrasi Anti Kenaikan Tot 7 Jan 2007 (Ahad) , 4
petang,
Hadapan Kompleks BeIi-belah Sunway Piramid. Orang
ramai dijemput hadir!
|