BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Adakah perkara pertama dalam menentukan kedudukan orang - orang Melayu dipertingkatkan adalah untuk menuntut jawatan Pengerusi Perbekalan Air Pulau Pinang? Agak menghairankan, apa disebalik menuntut jawatan boleh dikatakan sebagai mengambil balik hak - hak orang - orang Melayu? Isu yang penting adalah untuk mencari jalan agar orang - orang Melayu turut membangunan seiringan dengan kemajuan Pulau Pinang. Kenapa air dijadikan isu? Mungkin betul ura - ura sebelum ini bahawa  air adalah makanan yang berkuasa dalam negeri? Kita tidak menolak bahawa kedudukan orang - orang Melayu perlu dipulihkan dan sekiranya terdapat diskriminasi kaum dalam cara Gerakan mentadbir Pulau Pinang maka Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu mengambil tanggung jawab.

Perdana Menteri , dalam kenyataan yang dipetik dari Utusan Malaysia memaklumkan bahawa kawasan yang kepadatan tinggi terdiri dari orang - orang Melayu ditinggalkan seperti di "belakang rumah". Teguran ini penting dikaji segera oleh kepimpinan Pulalu Pinang. Satu kajian menyeluruh perlu dibuat. Persoalan utama, adakah ini sengaja dilakukan dengan konsentrasi pembangunan dibuat mengikut dan menurut kaum? Sekiranya ini berlaku maka undangan kepada konflik seakan sengaja di cari untuk berlaku dan ini amat merbahaya. Kita perlu ingat Pulau Pinang turut mempunyai sejarah hitam dalam masalah perhubungan kaum. Sekiranya tidak , apakah langkah bersesuaian untuk kerajaan negeri bertindak membangunan kawasan yang mempunyai kepadatan Melayu dan disini langkah  - langkah perlu telus dalam semua aspek.

Namun kenyataan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir  ‘‘Kalau Tsu Koon benar-benar ikhlas untuk membangunkan orang Melayu, saya cabar beliau meletakkan jawatan Pengerusi PBAPP dan menyerahkannya kepada pemimpin UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini hari ini"

Adakah ini salah satu usaha untuk mengembalikan hak kepada orang  - orang Melayu? Adakah ini sahaja usaha membangunan orang - orang Melayu - dengan menjadi Pengerusi PBAPP? Adakah dengan mengambil alih pengurusan itu maka air Pulau Pinang akan menjadi lebih murah untuk bangsa yang dikatakan tertindas seperti Melayu? Sekiranya jawapan itu adalah BENAR , air akan menjadi lebih murah maka rebutlah kembali jawatan PBAPP. Sungguhpun begitu usaha lain untuk meningkatkan taraf Bumiputera seharusnya dilakukan dengan menjcari jalan menngkatkan partisipasi mereka kepada dalam ekonomi dan bantuan ini seharusnya telus dan bukan berpilih - pilih.

Kita juga menyokong agar kerajaan Pulau Pinang segera menangani isu ini supaya tidak berlarutan. Ini akan mengundang kegelisahan yang paling serius di Pulau Pinang dan masalah ini akan menyusahkan keharmonian negara. Kita turut menyokong kebangkitan kesedaran UMNO mengenai nasib orang  - orang Melayu Pulau Pinang tetapi jawapannya bukan pada mengambil alih jawatan sahaja. Jawapannya adalah peranan yang harus dimainkan oleh kepimpinan UMNO dalam usaha memajukan bangsa mereka dan bukan diri mereka tertentu. Ini perlu kita sebutkan kerana setakat ini kegagalan Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang malah menjalar keseluruh negara dan kegagalan ini terbukti dengan ketidaksampaian matlamat DEB. Punca yang dikatakan kegagalan hanya di letakan kepada ketirisan. Benarkah ketirisan menjadi punca atau sebenarnya punca adalah apabila kuasa bergaul dengan perniagaan maka kuasa turut menjadi barang komoditi yang diperdagangkan. Semua ini perlu ahli - ahli UMNO kaji dan bukan hanya seronok dan bersemangat bila kepimpinan melaungkan Hidup Melayu!

  
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762