|
Kenyataan Media 3 November 2006
PERDANA MENTERI TIDAK KOMITED BERSIH NAMA
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) ingin
melahirkan rasa kecewa di atas kenyataan Perdana
Menteri berhubung Laporan Polis yang dibuat oleh
GERAK Rabu lalu (1 Nov) dalam sidang media selepas
mesyuarat MT UMNO semalam. Sebagai seorang Perdana
Menteri yang berazam untuk melahirkan kerajaan yang
telus dan anti Rasuah beliau seharusnya mengambil
peluang ini untuk membuktikan bahawa beliau benar
benar serius dan komited dalam agendanya untuk
membenteras rasuah.
Malangya kenyataan beliau semalam jelas
memperlihatkan sikap beliau yang tidak komited,
tidak berani dan tidak mempunyai moral tinggi untuk
membuktikan beliau benar - benar seorang Perdana
Menteri yang bersih.
Kebelakangan ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad telah beberapa kali mendakwa
Abdullah menggunakan kedudukan sebagai Perdana
Menteri untuk memperkayakan anak dan keluarga.
Beliau seharusnya menggunakan Laporan Polis yang
dibuat GERAK untuk membuktikan Dr. Mahathir salah
dengan mengarahkan pihak polis untuk menyiasat
secara telus dakwaan dakwaan yang dikeluarkan oleh
Dr. Mahathir yang sebahagianya terdapat dalam
laporan polis yang dibuat..
Abdullah juga seharusnya menyahut cabaran untuk
beliau mengisytiharkan aset keluarganya. Beliau
mesti membuktikan dakwaan bahawa anak beliau mengaut
kekayaan jauh berlipat ganda dari apa yang dilakukan
oleh Dr. Mahathir kepada anak anak beliau dalam masa
3 tahun awal berkuasa adalah tidak benar.
GERAK ingin sekali lagi mengingatkan pihak berkuasa
agar segera menyiasat laporan polis tersebut demi
kepentingan seluruh rakyat di negara ini.
Mohamed Ezam Mohd Nor
Pengerusi
salinan kenyataan PM :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/3/nation/15911635&sec=nation
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
|