|
"Monday, January 15, 2007
Bagaimana Malaysia meminjam USD50BILION secara
bayangan sahaja
13/01:
Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara
bayangan sahaja.
www.malaysia-today.net
Terjemahan –marhaintua-
Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah
menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani
Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.
Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang
diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan
negara.
Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah
melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)
yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010
dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang
tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya
tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk
membiayai RMK9.
Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan
apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada
Timbalan Gabenor Bank Negara? Reezal Merican ialah
salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’
dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada
Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana
Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu
bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia
merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak
suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri
yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga
bagi pihak Khairy.
Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa
sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II
untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar
Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat
sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila
semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II
setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan
komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan
projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan
kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala
projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri
kewangan II dapat melihat kertasnya.
Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad
Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat
dan diluluskan, ada satu salinan yang telah
diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan
awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang
tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis
tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang
patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi
membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti
sahaja. Semua kontraktor sudah memulakan persiapan
mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan
perkenan terhadap projek tersebut.
Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan
II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun
seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi
pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia
hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu,
jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat
temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham
sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya
baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak
menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja
yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana
mengekalkan jawatan anda.
Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di
anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen
untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di
Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap
sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau
anda faham apa yang saya maksudkan).
Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu
kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15
Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu
bahawa dia menerima arahan Perdana Menteri merangkap
Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu
merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion
yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang
memerlukan RM200 bilion.
Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan
diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan
disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus
‘private limited company’ bernama Asasatu Technology
Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang
disebut dalam surat itu sebagai Managing Director
syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan
disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan
dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti
secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang
pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian
berhad.
(Read
page one and
page two of the letter here).
Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu,
mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu
Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat
berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang
dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat
yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion
untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang
sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu.
Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar
digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia
merundingkan satu perkara yang sungguh penting
seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9?
Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya
ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada
lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset
tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00
dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan
tetapi tanggungan semasa syarikat ialah
RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang
sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah
RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak
RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus
digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50
bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek
sepenting RMK9.
Kita tidak tahu apakah angka kewangan
yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang
bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah
tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh
kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut
dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah
syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan
Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu
memiliki 20,000 saham.
Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan
mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat
itu sebagai Union Financial Services Corporation di
Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box
A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah
syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun
satu syarikat pengurusan dana yang berlesen.
Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai
keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun
sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini
bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang
diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh
sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan
sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang
sedang bersiap mahu gulung tikar.
Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei
2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis
kepada Abdullah Ahamd Badawi satu surat menawarkan
USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa
rakan niaga mereka Union Financial Services
Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir.
Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama
Roland Bueyer telah disebut sebagai President of
Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal
Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan
kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.
(Read
page one and
page two of the letter here).
Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu
syarikat bernama Project Equity Services Group
daripada Singapura telah menulis sepucuk surat
kepada Perdana Menteri dan Gaboner Bank Negara
merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di
Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang
hadir dalam pertemuan itu.
(Read
page one and
page two of the letter here).
Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat
bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa
keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui
Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu
Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini
adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara.
Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar
Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.
Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam
masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan
antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar
balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga
kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit.
Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun
naik matawang dan risiko pertukaran wang.
Kalau dibaca ketiga-tiga surat berkenaan adalah
jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu
syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung
tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50
bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan
Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang
meminjam USD50 bilion daripada luar negara.
Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah
didalangi oleh satu syarikat broker Singapura,
tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama
Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan
kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka
rancang gunakan satu syarikat petipos Australia
menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang
gulung tikar) di Malaysia.
Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi
kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep
‘mama-papa private limited company’ yang bernama
Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan
kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih
dan lebih putih dari putih.
Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia
mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di
Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai
wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan
tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang
meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya,
termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang
bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka
gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan
syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat
peti pos Australia yang sememangnya mendapat
sokongan Singapura.
Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan
beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti
pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi
pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai
Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."
|