|
Demo Pertahankan Akidah Umat Islam
Tarikh : 21 Julai 2006 (Jumaat)
Masa : Selepas solat jumaat
Tempat : Masjid Kg. Baru
Demontrasi ini diadakan bagi mengisyaratkan kepada pihak-pihak
yang berkuasa bahawa Akidah Umat bukanlah perkara main-main. Kes
Lina Joy yang bakal berlangsung minggu hadapan akan menjadi
pertembungan besar masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Namun, dalam kekalutan itu, usaha memurtadkan Umat Islam masih
dipandang sepi oleh segelintir masyarakat dan pemimpin negara
hingga menyebabkan dakyah-dakyah missionery dari agama lain
bebas mempengaruhi umat Islam dengan pelbagai agenda seperti IFC,
pluralism dan Liberalisasi dalam agama.
Justeru itu, Umat Islam sendiri perlu bertegas bagi memastikan
usaha-usaha mungkar ini dapat dihentikan. Dan Demontrasi ini
adalah manifestasi pemikiran dan ketidaksetujuan kita pada apa
yang berlaku dewasa ini.
Ayuh kita bersama dengan pimpinan Islam dan Pemuda Islam seperti
Salahuddin Ayub, Ust. Idris Ahmad, Mazlan Aliman dan ramai lagi
yang akan hadir mengibarkan panji-panji dan slogan kecintaan
kita pada ISLAM serta ketaatan kita pada Allah.
Jika kita sayang akidah dan saudara kita, ayuh...jangan
bersimpuh diserambi rumah, usah bertengger ditepian jalan...jangan
berambu dikehanggatan duniawi...tinggalkan sebentar kerja-kerja
dunia dan pejabat kita untuk kita melakukan kerja-kerja jihad.
Demi Allah, tiadalah kerja yang lebih mulia melainkan
kerja-kerja mempertahankan akidah dan daulat Islam yang diredhai
Allah.
Birruh, Biddam...Nafdikka Ya Allah
Maklumat lanjut sila hubungi: Kamaruzaman-019-2828536-Sila bawa
Placard dan Banner yang menunjukkan kecintaan kita pada Islam
dan penolakkan kita terhadap aktiviti pemurtadan umat Islam.
Sekian.Wassalam.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
|