|
formmail.to: umnoreform
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Tindakan Dr Mahathir Akan Pecah Belah Perpaduan
Masyarakat
Posted on Tuesday, June 27 @ 19:31:33 MYT
Oleh Indera Ahmad
Johor Bahru -- Tindakan Tun Dr Mahathir untuk terus mengecam
kepimpinan UMNO dan kerajaan disifatkan akan memecah
belahkan perpaduan masyarakat serta akhirnya membantutkan
perancangan ekonomi dan kemajuan negara.
Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini melahirkan rasa
malu dan kecewa terhadap tindakan Tun Dr Mahathir yang
disifatkan jelas tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan
tidak menunjukkan keikhlasan dalam membantu dan meneruskan
perancangan Wawasan 2020.
Ketuanya, YB Razali Ibrahim berkata pihaknya tidak nampak
kesudahan perkara ini sekiranya tindakan seumpama itu
berterusan.
"Kami Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor dibesarkan dan dididik
selama ini untuk menghormati dan mentaati parti.
"Selama 22 tahun kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad kita telah
berhadapan dengan pelbagai krisis dan cabaran dengan sifat
tadilah kita telah berjaya menghadapi dan menyelesaikannya
sehingga Malaysia dihormati dan dicontohi.
"Selaku kepimpinan Pemuda yang bakal mewarisi negara pada masa
yang akan datang, Pemuda Johor merasakan bahawa perjalanan
kita masih jauh dan banyak cabaran perlu hadapi", katanya
dalam satu kenyataan kepada laman web Pemuda di sini, hari
ini.
Justeru tambah beliau pihaknya memohon agar Tun Dr Mahathir
memikirkan masa depan generasi yang jauh lebih muda ini
untuk menikmati kesejahteran dan kemewahan yang dikecapi
ketika ini.
"Pemuda Johor akan memastikan bahawa apa jua perkara yang
menjejaskan masa depan umat Melayu dan negara akan kita
tentang", ujarnya.
Di samping itu Pemuda UMNO Johor juga akan memberikan sokongan
tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti dan kerajaan
untuk terus melaksanakan khidmat bakti kepada rakyat tanpa rasa
ragu-ragu kerana masa semakin suntuk dan tidak perlu di
lengah-lengahkan.
|