|
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang
Renggam, Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(42/06)
Kenyataan Media
(26 Jun 2006)
TAJUK :
MENGAMBIL PELUANG DARIPADA KEKECEWAAN TUN DR MAHATHIR TERHADAP
ABDULLAH BADAWI
Tarikh 24 Jun 2006 dilihat sebagai tarikh yang sangat penting
dalam politik negara apabila Majlis Ucapan Khas Dan Dialog Tun
Dr Mahathir (TDM) yang diadakan di Dewan Kelab Century Paradise
serta dianjurkan oleh beberapa NGO dengan kerjasama laman web
Malaysia Today.net dilihat sebagai pencetus kepada satu
gelombang dalam arena politik tanah air bagi mendedahkan
'kecurangan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan barisan kabinetnya.
Lebih menarik lagi, program ini telah disertai oleh pelbagai
pemimpin politik daripada PAS, KeADILan, DAP, Umno serta badan
bukan kerajaan (NGO), bekas pegawai kanan kerajaan, bekas
menteri kabinet serta masyarakat umum yang hadir untuk mendengar
penjelasan isu-isu yang telah didedahkan oleh Tun.
Khabarnya, dewan tersebut penuh sesak dan ramai yang terpaksa
ditahan di luar dewan kerana ketiadaan tempat.
Banyak perkara yang telah didedahkan oleh TDM dalam pertemuan
ini. Di antaranya yang kira kira sangat ditunggu –tunggu oleh
rakyat dan pemerhati politik adalah berkataian dengan isu
pembatalan Jambatan Bengkok, Isu Proton termasuk MV Agusta dan
permit Import (AP).
Dikatakan ramai pemerhati berpuas hati dengan penjelasan
tersebut dan ada yang mencadangkan agar TDM mengadakan
'roadshow' ke seluruh negara bagi menjelaskan kepincangan yang
telah dilakukan oleh Abdullah, terutama dalam hal kedaulatan
negara yang hampir tergadai kepada pihak asing.
Majlis Dialog ini membuktikan bahawa pertembungan antara
Mahathir dan Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.
Kelantangan kritikan Mahathir yang semakin meninggi, dan bukan
lagi terhad kepada isu-isu tertentu, malah melewati hal-hal asas
kepemimpinan Abdullah yang disifatkan begitu lemah dan mudah
tunduk kepada tekanan luar
Ulasan berkaitan dengan Majlis ini mendapat liputan yang amat
meluas di dalam laman web, diantaranya :
Mahathir makin lantang kritik, tegur Abdullah
(Malaysia-Today.com Malaysia-Today.com Ahad 25 Jun 2006),
Mahathir akan cari sehingga ke lubang cacing (Malaysia-Today.com
Ahad 25 Jun 2006), Mahathir tuduh Khairy lebih berkuasa daripada
Perdana Menteri (Harakahdaily : 24 Jun 2006), Mahathir makin
lantang kritik, tegur Abdullah (Harakahdaily : 25 Jun 2006), Dr
Mahathir jawab soalan apakah nak buat ‘comeback’ (Agendadaily :
25 Jun 2006) dan Mahathir yang kelemasan (Tranungkite : 25 Jun
2006)
Ada juga pandangan-pandangan yang mengkritik PAS dan pembangkang
kerana seolah-olahnya sudah lupa dengan segala ‘dosa-dosa’ TDM
sehingga dilihat ‘mendewa-dewakan’ mantan PM yang terkenal
dengan tindakan zalimnya.
Sebelum ini saya ada membuat sedikit ulasan di dalam Journal
Pemuda PAS Sekijang (http://www.jurnalpemuda.blogspot.com/)
berkaitan dengan isu pertembungan ini:-
Soalan : Apa pandangan saudara tentang isu pertelagahan Tun Dr.
Mahathir dengan Pak Lah yang dilihat semakin meruncing ketika
ini
Jawapan : Isu pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir dengan Pak
Lah perlu dilihat sebagai pertembungan dalaman UMNO. Seperti
mana yang telah disebut oleh Dr Mahathir bahawa Pak Lah bukanlah
pilihan pertamanya sebagai Perdana Menteri (PM) bermakna Dr M
telah membuka ‘rahsia’ percaturannya.
Namun saya mengharapkan agar kepimpinan dan ahli PAS tidak
terikut-ikut dengan pertembungan ini kerana kita bimbang
akhirnya ia hanya sandiwara yang dipertontonkan oleh UMNO untuk
melekakan PAS.
Saya menyeru khususnya kepada pemuda PAS di Johor agar terus
memperkukuhkan organisasi dan menggerakkan rakyat terhadap isu
yang menisdas mereka seperti kenaikan harga minyak dan tarif
elektrik, bukannya isu dalaman UMNO.
Jawapan ini adalah pandangan saya terhadap pertembungan Mahatihr
– Pak Lah.
Jangan Mudah Kita Lupa
Secara jujurnya, kita tidak boleh dengan sekelip mata melupakan
tindakan yang pernah dilakukan oleh TDM sepanjang tempoh 22
tahun pemerintahannya.
Mampukah kita untuk melupakan bagaimana TDM menghina dan
mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w.? Adakah kita masih telah
lupa TDM adalah merupakan orang yang bertanggungjawab menahan
pelbagai jenis bentuk tahanan ISA termasuk anak Menteri Nesar
Kelantan?. Adakah kita telah lupa bagaimana TDM menggunakan wang
rakyat untuk menyelamatkan anaknya dalam isu Konsortium
Perkapalan Berhad?. Apakah kita terlupa bahawa TDM adalah
pemimpin yang telah memecat Datuk Sri Anwar Ibrahim?
Saya yakin kita masih lagi tidak dapat melupakan kezaliman TDM
yang mengarahkan pengharaman kesemua ceramah PAS/BA sehingga
berlakunya penangkapan ratusan pemimpin dan penyokong PAS di
seluruh negara.
Pada 31 Oktober 2003 pada hari terakhir TDM bertugas sebagai
Perdana Menteri Malaysia, Pemuda BA telah membuat laporan polis
terhadap salah laku dan dosa-dos TDM sepanjang 22 tahun sebagai
Perdana Menteri.
Kenapa Perlu Mendewakan Tun Dr Mahathir
Seorang penulis yang memperkenalkan dirinya Raden Jowo
mengkritik pemimpin pembangkang kerana cuba untuk bersama dengan
TDM sedangkan sebelum ini TDM lah yang selalu menghina
pembangkang. Pandangan beliau ini disusuli lagi dengan beberapa
pandangan daripada halaman Surat Pembaca Harakahdaily yang tidak
bersetuju dengan pimpinan PAS yang bersekongkol dengan TDM.
Inilah persoalan yang sedang bermain di dalam pemikiran rakyat
khususnya penyokong BA yang semakin ragu dengan kepimpinan yang
sedia ada. PAS diingatkan supaya tidak mencampuri urusan UMNO.
Krisis Yang Menguntungkan PAS
Saya percaya bahawa pemimpin PAS bukanlah pemimpin yang rendah
pembacaan politiknya dan mudah goyah apabila menghadapi sesuatu
isu.
Namun begitu, saya mengharapkan agar pemimpin PAS khususnya di
peringkat tertinggi supaya bijak merencana dan merancang isu
ini. Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh YB Salahuddin Ayub
di dalam ceramah di Kluang bahawa PAS bukannya
mengagong-agongkan TDM tetapi PAS menggunakan ‘peluru’ daripada
pemimpin UMNO untuk menyerang UMNO.
Krisis yang berlaku di antara Mahathir – Pak Lah secara tidak
langsung membantu PAS untuk mendapat pelbagai maklumat yang
tidak mungkin mudah untuk diperolehi sekiranya krisis ini tidak
terjadi.
Kesimpulannya, PAS harus bijak dalam menghadapi isu ini dan
perlu mengelakkan perbalahan dikalangan penyokong PAS khususnya.
Saya pasti isu yang sedang menggugat Pak Lah dan UMNO ini akan
memberikan kelebihan kepada parti pembangkang seperti PAS.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
26 Jun 2006, 3.01 pagi
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
|