|
Umar Saifullah <umar_saifullah75@yahoo.com>
Assalamualaikum,
Nampaknya hari ini, orang Melayu bertambah-tambah teruk.
Puak-puak politik tak abih-abih bergaduh. Yang sorang sokong
yang ini, dan yang lain sokong yang itu. Kalau sokong membawa
jaya takpela..tapi ini sokong membawa rebah.
Anak-anak Melayu dalam lingkungan 18 ke atas dan 30 ke bawah,
kebanyakkan dah rosak. Yang jadi mat punk ada. Yang jadi mat
Black Metal ada. Yang jadi penyamun pun ada. Yang takde cuma
ahli cendekiawan. Cendawan banyak la.
Golongan ini benci dengan orang-orang politik sebab semuanya tin
kosong. retorik. Hanya pandai cakap dengan kutuk. Tapi takde
ape. Omong kosong. Sebelum dapat projek melaung-laung...dah
dapat senyap. Tak percaya cuba la buat survey atau kajian.
Jangan cakap jer sampai bersembur air liur.
Tengok saja sms atau email yang dihantar. Semuanya berbaur
dengan kebencian dan marah. Yang ini kutuk yang itu, yang itu
kutuk yang ini. Agak2..bila agaknya kemelut Melayu ni nak
selesai. Agaknya dengan cara kutuk sana kutuk sini, kita boleh
jadi bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat kot? Agak2 kalau
kita jadi PM, boleh ke buat macam mana PM sebelum ni buat? Dah
handal sangat ke kita ni hingga sanggup kutuk orang lain tak
ingat2.?
Sedang kita sibuk berbalah sesama sendiri, kaum lain sibuk timba
ilmu, tingkatkan ekonomi. Sedang kita berpecah belah sana sini,
kaum lain sibuk jalankan agenda perpaduan sesama sendiri.
Sedangkan orang Melayu, tak abih-abih salahkan sesama sendiri.
Umno reform salahkan Umno, Umno salahkan PAS, Pas salahkan UMNO,
Umno salahkan Keadilan, Keadilan salahkan UMNO. Amenda ini??
Kita sibuk salahkan orang lain, sedangkan kita tak pernah
mengaku salah kita. Kita sibuk bertelagah konon2 nak membela
agama dan bangsa, sedang anak-anak perempuan kita penuh dengan
love bite, tetapi ditutp dengan tudung.
Apa orang Melayu ingat, dengan politik cara yang macam ni..kita
boleh jadi bangsa yang bertamadun, bangsa yang berjaya? Maki
sana, hamun sini. Marah sana marah sini. Sedangkan marah tu kan
mainan syaitan.Orang Melayu sebenarnya menunggu saat kehancuran
yang tak lama lagi akan datang.
Daripada perkembangan yang ada pada hari ini, mungkin tidak lama
lagi segala-gala yang ada pada orang Melayu akan hilang. Mungkin
yang tinggal hanya nama Melayu sahaja. Terpulanglah pada kita.
Kitalah yang mencorakkan masa depan pada hari ini. Jika
beginilah sikap kita, tunggulah kehancuran bangsa sendiri,
akibat perangai, mentaliti dan kebodohan orang-orang Melayu
sendiri.
p/s * Tolong jangan panggil Tun Mahazalim atau Maha Firaun.
Gelaran itu diberi oleh orang yang jumud dan tak paham agama.
Sedangkan Allah tak berikan gelaran maha pada firaun sebenar,
sedangkan firaun tu terang-terang syirik malah mengakui diri
Tuhan, inikan pula Tun yang masih lagi ada kalimah pada dirinya.
Jangan pasal politik, kita lebih-lebih dari Tuhan. Kot nanti Tun
dapat ampun, kita yang kena bala dari Tuhan. Ingat2 lah.
PEMUDA MELAYU ISLAM
BUKAN PEMUDA UMNO, ATAU PEMUDA PAS ATAU PEMUDA KEADILAN.
"Sesungguh sesiapa yang mengamalkan sikap ashobiyah, maka dia
bukan di kalangan umat ku"- Nabi Muhammad s.a.w.
Renung-renungkanlah.
|