|
PAS/DPPP/3.01-02 (017) 24 Jun 2006
28 Jamadilawal 1427
Kepada :
Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar
Menteri Luar Negeri,
Kementerian Luar Negeri,
Wisma Putra,
1, Jalan Wisma Putra, Precinct 2,
62602 Putrajaya.
(No. Fax : 88891717)
YB. Datuk Seri,
BANTAHAN KEHADIRAN SETIAUSAHA NEGARA AMERIKA SYARIKAT
KE MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN KE-39 (AMM)
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) membantah kehadiran
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleeza Rice ke Mesyuarat
Menteri-Menteri Luar Asean ke-39 (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) ketika ini di atas sikap yang ditunjukkan oleh
mereka ke atas isu Palestin dan Lubnan.
DPP Pusat berharap bantahan ini sebagai protes kita terhadap
Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
S.k; Setiausaha Agung PAS
|