![]() |
|
|
Pemadam - rombakan perlu ? |
|
Saya melayari laman web Pemadam untuk mengenali mereka serta aktiviti - aktiviti yang mereka lakukan dalam usaha membasmi peningkatan penagihan dadah. Malang sekali - capaian menyertai mereka tidak berfungsi seolah - olah laman web tersebut hanya menanti untuk dipadamkan. Bayangkan amanat pemimpin adalah ucapan YB DATUK ABDUL RAHMAN BAKAR, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA pada 10/05/2005 dan beliau juga adalah antara Ahli Majlis Pemadam Kebangsaan. Apa yang saya nampak tidak kurang calang -calang orang yang menerajui Majlis Pemadam Kebangsaan. Mereka adalah Dato - Dato dan mereka yang mempunyai kedudukan tetapi laman web mereka dengan e kaunseling bagai hanya melepas batuk ditangga. Masalah dadah adalah masalah yang amat kritikal. Ianya lebih kritikal dari masalah FAM yang digesa oleh sesetengah ahli parlimen untuk dirombak. Justeru itu , tindakan ala kadar tidak akan membantu kita mengatasi masalah dadah yang begitu ketara dalam masyarakat kita. Kita tidak mampu hanya melakukan slogan Belia Benci Dadah dan Mawi sekadar memekik slogan itu. Kita perlukan sesuatu yang lebih serius dalam menangani isu ini. Dalam pada itu kita tidak mampu berlengah lagi kerana ini terus membunuh belia - belia kita yang sebenarnya mejadi harapan bangsa. Tuan Editor, Setelah beberapa ketika membaca tulisan dan paparan dalam laman web ini khusus mengenai betapa serius Tuan Editor membicarakan mengenai Melayu, saya mohon agar kemungkinan agar satu ruangan dibentuk khusus bagi membicarakan mengenai masalah penagihan dadah. Saya percaya dengan kekuatan dan populariti yang ada pada laman web ini dan dengan seriusnya tuan editor membicarakan mengenai Melayu, kemungkinan sesuatu dapat di buat bagi memulakan initiatif yang lebih berkesan lagi mengenai isu dadah. Mungkinkah perlu kita membuat rombakan pula dalam Majlis Pemadam yang juga diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia yang hanya melakukan siri penerangan yang mungkin sudah luput cara pendekatannya. Saya percaya ramai dikalangan pelayar umno-reform terdiri dari cendikiawan yang dapat memberi idea dan pendekatan agresif dalam menangani isu penagihan dadah ini.
sekian |
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|