BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Hisham, pecat saja Muhkriz Mahathir !

Tunggu apa lagi, pecat saja Muhkriz Mahathir yang telah memperlekehkan ucapan dasar Pak Lah sewaktu pehimpunan Agung UMNO 2006. Apa tunggu lagi. Pemecatan itu wajar untuk terus memegang kepada tradisi menyokong kepimpinan dalam UMNO. Tradisi yang semakin lama semakin usang ini terus dipertahankan oleh kepimpinan dan ini telah menjadi budaya dalam UMNO.

Muhkriz dilaporkan berkata " tidak apa perkara baru dalam kenyataan Pak Lah" kini menjadi isu. Hishammuddin memberi tempoh 2 hari dan kemudian keputusan akan dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO. Keputusan yang dijangka akan memecat Datuk Muhkriz kemungkinan perlu dibuat bagi meneruskan tradisi menyokong kepimpinan dalam UMNO. Ini adalah cara yang terbaik untuk memastikan dalam UMNO tidak ada lagi mereka yang berani mempersoalkan Presiden.

Hakikat kewujudan tradisi seperti ini sebenarnya menyulitkan UMNO dalam memacu minda Melayu. Tidak hairanlah kalau perwakilan yang wujud rata - rata mengambil jalan murni - menyokong dan memuji Pak Lah. Isu  - isu kritikal dalam "survival" Melayu menjadi retorik untuk terus menuju puncak. Ini perlu kerana isu sebegini seakan menyokong lonjatan politik. Tradisi memBELA  kepimpinan ini akan merugikan rakyat sekiranya kepimpinan hadir dengan cara dan jalan yang salah. Sepatutnya tradisi menyokong kepimpinan harus bukan dilaksanakan membuta tuli tetapi dilakukan dengan selagi kepimpinan itu dapat membawa rakyat khususnya Melayu kearah yang lebih berkesan.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762