|
Senator Dato Hj Muhammad bin Hj Abdul
Ghani yang sebelum ini
terlibat dalam skandal AP Klon, hari ini didedahkan
oleh Datuk Hj Yassin Noor sebagai terlibat dalam
melakukan "penipuan" dan "pecah amanah". Datuk Hj
Yassin Noor dalam sidang media beliau mengemukakan
salinan pertuduhan tindakan yang dikatakan oleh
beliau sebagai tindakan pemimpin yang tidak
berwibawa dan tidak disenangi oleh kepimpinan
Negara. Sungguhpun salinan itu tidak ditandatangani
oleh beliau tetapi sidang media yang diadakan di
PBTM Jalan Bellamy dimaklumkan dengan tindakan
- tindakan pecah amanah dan menipu ahli persatuan
yang didakwa beliau dilakukan oleh Senator Dato Hj
Muhammad.
Antara tuduhan yang berat dilemparkan
oleh beliau ialah :
-
Dapat projek PLKN atas nama PBTM
tetapi telah dialih ke syarikat beliau sendiri ,
Royal Mellenium di Beranang
-
Menggunakan RM 145,000 untuk
membuat laman web PBTM tanpa kelulusan EXCO dan
JKKT
-
Tidak mengambil tindakan atas
penyalahangunaan wang oleh pengarah - pengarah
sebanyak 1/2 juta hasil penjualan ladang di
Terenganu kerana sewaktu itu beliau adalah
Bendahari Agung.
Lain - lain pertuduhan beliau
melibatkan penggunaan wang dalam masa berkempen
untuk mengekalkan jawatan Presiden PBTM dan
penggunaan PBTM dalam kempen pilihanraya beliau.
Apabila ditanya samada beliau akan membuat laporan
kepada BPR, Datuk Mohd Yassin Noor menjawab bahawa
ini akan dilakukan oleh beliau dalam sedikit masa
nanti.
Beliau juga mendakwa pernah
menerima RM 100,000 sebagai wang untuk membeli
sokongan. Beliau juga mendakwa Presiden Persatuan
Bekas Tentera Malaysia gagal dalam menjalankan tugas
sebagai Presiden.
|