BALIK KE MUKA UTAMA

ISU PENYELEWENGAN PERUNTUKAN SJKC DI JOHOR


Kenyataan Media (13 September 2006)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) ingin merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Datuk Ong Tee Kiat, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam media hari ini yang menuduh secara terbuka pegawai kerajaan melesapkan wang peruntukan khas untuk beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor. Sekolah yang dimaksudkan ialah SJKC Kung Yu dan SJKC Ai Hwa dengan nilai peruntukkan yang diselewengkan sebanyak RM10 juta.

DPP Pusat memandang serius dakwaan tersebut kerana ia dibuat oleh seorang Timbalan Menteri yang juga Naib Presiden MCA. Badan Pencegah Rasuah mesti menyegerakan siasatan terhadap dakwaan tersebut kerana ia adalah soal intergriti dan maruah pegawai kerajaan terbabit.

DPP Pusat ingin mengingatkan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran supaya memandang serius isu isu yang berkait soal kepentingan pendidikan kaum Cina. Antaranya:-

a. Deklarasi Pendidikan Bahasa Ibunda Dong Jiau Zong 1999
b. Masalah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
c. Masalah kekurangan guru terlatih di SJKC
d. Masalah pengisian jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di SJKC
e. Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah SJKC
f. Isu penutupan SJKC Damansara yang telah berlarutan lebih 6 tahun
g. Masalah pengajaran Sains dan Matematik di SJKC

Isu diatas menjadi agenda pendidikan yang sangat penting bagi kaum cina yang telah di abaikan oleh kerajaan. Seminar, Forum, Dialog dan pelbagai resolusi telah dibuat dan di salurkan kepada Kerajaan. DPP Pusat sendiri telah melawat SJKC Damansara yang terpaksa menumpang di sebuah tokong sampai hari ini apabila sekolah mereka ditutup. Memorandum telah di serah kepada Menteri Pelajaran, tetapi tiada sebarang reaksi.

DPP Pusat ingin mempertegaskan bahwa layanan terhadap semua kaum untuk mendapat kualiti pendidikan tidak boleh di politikkan hingga tercetus tidak puashati mana-mana kaum. Amalan diskriminasi jika wujud adalah sangat memalukan, sepertimana ketidak adilan yang dilakukan kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR).

DPP Pusat menggesa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak pantas terhadap kepincangan yang kian ketara. Jika beliau tidak berkeupayaan, letak sahaja jawatan, bagi membolehkan Menteri Pelajaran baru yang benar benar memahami serta menjiwa dunia pendidikan dapat di lantik.

MAZLAN ALIMAN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762