|
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam,
Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(48/06)
Kenyataan Media
(12 Ogos 2006)
TAJUK :
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa
kebimbangan dengan berlaku banyaknya kes jenayah ragut yang
tidak terkawal sehingga menyebabkan kematian dan merupakan
ancaman yang perlu diberi perhatian serius.
Kejadian yang menimpa mendiang Chang Shu Then, 18, ditemui pada
pukul 11.28 pagi kelmarin oleh orang awam yang terbaring di tepi
jalan di Persisiran Perling Satu, Taman Perling, Johor Bahru
semestinya menambahkan lagi ketakutan di dalam masyarakat..
Mangsa bekerja sambilan sebagai jurujual di sebuah kedai muzik.
Baru-baru ini, seorang jurujual wanita yang menjadi mangsa ragut
di Kompleks Berjaya Megamall, meninggal dunia di Pusat Perubatan
Kuantan (KMC) pagi ini, selepas tidak sedarkan diri selama 16
jam ketika dirawat di pusat berkenaan.
Mangsa, Ng Chiew Lim, 25, dikatakan ditolak selepas diragut
semasa menuruni anak tangga kompleks membeli-belah itu. Ketika
kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam itu, mangsa sambil
turun ke bawah menggunakan tangga sedang berbual-bual dengan
teman lelakinya melalui telefon bimbit. Chiew Lim yang
dipercayai tidak dapat mengimbangi badan selepas begnya diragut,
terjatuh lalu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Hakikatnya, kejadian jenayah di Malaysia semakin meningkat. Pada
bulan lalu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu
Ah Kiow telah mendedahkan bahawa kadar jenayah kekerasan di
negara ini meningkat sebanyak 11 hingga 13 peratus sejak empat
bulan kebelakangan ini khususnya kes-kes yang melibatkan jenayah
rompakan, ragut dan rogol.
Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa jenayah ragut telah
menigkat daripada 14,640 kes pada 2002 ke 15,798 kes pada 2003.
Walaupun dalam perutusan Ketua Polis Negara sempena Peringatan
Hari Polis ke 199 pada 25 Mac 2006 yang lalu menyatakan bahawa
jenayah ragut telah mengalami penurunan tertinggi pada tahun
2005 iaitu -16.63% tetapi iai tidak menggambarkan apa yang
sedang berlaku dalam negara ketika.
Apakah dengan berlakunya kejadian ragut/bunuh ini pihak berwajib
tidak membuat kajian punca yang menyebabkan kes ragut semakin
menjadi-jadi?. Jenayah sering dikaitkan dengan dua faktor asas
iaitu kesempitan hidup dan peluang untuk melakukannya. Dua
faktor saling berkait ini ditambah dengan sifat ingin cepat
senang mudah menjerumuskan seseorang itu untuk menggadaikan diri
dengan perlakuan jenayah.
Apakah dengan melahirkan rasa bimbang, kesal dan sedih yang
diluahkan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia sudah
cukup untuk membasmi kejadian ini daripada terus terjadi?.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Pak Lah semalam bahawa sikap
rakyat yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan
peragut menjadi semakin berani untuk melakukan jenayah itu di
tempat terbuka tidak mampu menyelesaikan masalah ragut.
Peningkatan kadar jenayah ini perlu dilihat juga daripada sudut
agama. Kita boleh gunakan segala kepakaran yang ada untuk
mengkaji masalah ini dengan lebih terperinci tetapi kita juga
harus melihat setiap kejadian yang berlaku ini tentu ada
kaitannya dengan sikap kita terhadapNya.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/
|