|
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam,
Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(49/06)
Kenyataan Media
(12 Ogos 2006)
TAJUK :
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melihat bahawa kenyataan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia (Berita Harian, 12 Ogos 2006) bahawa Pergerakan Pemuda
Umno bertegas tidak akan memberi tempat kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk kembali ke pangkuan Umno walau apa cara sekalipun
yang dilakukan olehnya atau pihak lain membuktikan ketidak
keterbukaan beliau sebagai seorang pemimpin UMNO.
Beliau menyatakan bahawa tidak timbul soal membawa masuk semula
Anwar kerana beliau sudah banyak melakukan kesilapan terhadap
Umno dan adalah tidak benar Pemuda menyokong kemasukannya semula
kerana DSAI sudah ditolak oleh ahli serta rakyat,
Apakah sandaran hujah yang digunakan oleh beliau bahawa DSAI
telah ditolak oleh ahli dan rakyat?. Pernahkah satu kajian atau
soal selidik dibuat bahawa DSAI tidak diterima oleh golongan ini?.
Ini menyerlahkan cara berfikir beliau selaku Menteri Pelajaran
Malaysia yang semakin merosakkan sistem pendidikan Negara.
Kenyataan beliau ini sebenarnya membuktikan bahawa UMNO kini
tersepit dan terhimpit dengan masalah dalaman sehingga
menakutkan mereka.
Ini dibuktikan dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaludin bahawa pergolakan dalaman Umno akan memudahkan tugas
pembangkang untuk menagih sokongan rakyat bagi mencapai
cita-cita perjuangan mereka.
Beliau menyebut bahawa pembangkang tak perlu buat apa-apa jika
Umno dalam keadaan tidak menentu. Beliah menyarankan pemimpin
dan anggota Umno mengutamakan perpaduan dan berusaha mengelak
sengketa dalaman parti itu.(BERNAMA, 11 Ogos 2006)
Ketakutan dan kebimbangan UMNO ini perlu dilihat sebagai peluang
bagi PAS/BA untuk meyakinkan rakyat terhadap perjuangannya
seterusnya memberikan mandat kepada PAS/BA di dalam pilihanraya
Umum akan datang.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/
|