|
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang
Renggam, Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(52/06)
Kenyataan Media
(19 September 2006)
TAJUK : PILIHANRAYA KAMPUS PERLU DIJALANKAN DALAM KEADAAN ADIL
DAN TELUS
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik terhadap
kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam
akhbar Berita Harian bertarikh 19 September 2006 yang tidak mahu
mana-mana pihak melabel samada pro-aspirasi atau pro-pembangkang
terhadap calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP).
Kenyataan tersebut seolah-olah memberikan satu jaminan bahawa
pilihanraya kampus nanti akan berlangsung dalam keadaan adil dan
telus. Walau bagaimanapun, kenyataan yang disiarkan di dalam
akhbar-akhbar yang lain tidak membayangkan kenyataan tersebut.
Sebagai contoh di dalam Harian KOSMO! hari ini menyebut bahawa
“Proaspirasi belum Selamat” . Kandungan muka surat 2 dan 3
melabel kumpulan proaspirasi dan propembangkang secara terang
dan jelas.
Dalam isu ini, DPPNJ ingin menegaskan bahawa sekiranya berlaku
ketidakadilan dalam pilihanraya kampus sekarang seperti ugutan
dan halangan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP), kolej-kolej, dan
pihak pentadbiran terhadap mahasiswa yang bertanding, maka ia
mencamar kebebasan bersuara dan hak asasi pelajar untuk menjadi
calon, memilih dan mengundi calon pilihan mereka sendiri!. Tidak
ada demokrasi !!!
DPPNJ menasihatkan agar setiap calon yang diancam oleh pihak
pentadbiran supaya membuat laporan kepada pihak-pihak yang
berkenaan supaya dapat mengambil tindakan atas ketidakadilan
pilihanraya kampus ini dan berjuang untuk mempertahankan hak
anda terutama kepada pemimpin dan pentadbir khususnya Dato’.
DPPNJ bukan bertindak untuk mencampuri urusan pilihanraya kampus
kerana calon-calon mahasiswa dan mahasiswi mempunyai matlamat
perjuangan mereka tersendiri. Justeru, DPPNJ juga tidak mahu
campurtangan politik mengganggu perjalanan pilihanraya kampus
ini.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/
|