|
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam,
Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(47/06)
Kenyataan Media
(9 Ogos 2006)
TAJUK :
RAHSIA DI SEBALIK SEKATAN TERHADAP LAMAN WEB/BLOG
Apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa
semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi,
manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan
berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang,
pelbagai pandangan menyusul terhadap keputusan itu. Lebih-lebih
lagi ia agak bertentangan dengan kenyataan beliau yang sebelum
ini memberikan ruang yang agak luas terhadap kebebasan media.
Difahamkan, kini terdapat kira-kira 12,000 laman web/blog yang
diwujudkan oleh rakyat di negara ini yang membincangkan pelbagai
isu termasuklah hal yang berkatan dengan isu semasa, politik,
agama, masyarakat, hiburan dan pelbagai lagi perkara.
Bagi mereka yang menggunakan internet sebagai alat komunikasi
yang penting dalam kehidupan, blogging adalah sangat berguna dan
bermanfaat.
Pelajar sebagai contohnya, mampu bertukar-tukar maklumat, nota
pelajaran dan bertukar-tukar fikiran serta pendapat dengan rakan
internet mereka dengan mudah dan berkesan.
Begitu juga dengan pengguna blog yang lain yang sudah tentunya
bergantung kepada keberkesanan penggunaan blog dan laman web
untuk kepentingan masing-masing.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) bimbang hanya kerana
kemungkinan segelintir anasir negatif yang berlaku
menyalahgunakan laman web dan blog ini maka keseluruhan pengguna
blogging mendapat nama buruk walhal manfaat penggunaannya jauh
lebih tinggi daripada kesan kemudaratan.
Malah, lebih membimbangkan lagi tindakan menyekat blog dan laman
web ini hanyalah untuk menyekat kebebasan rakyat untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat khususnya yang melibatkan
kepincangan yang dibuat oleh pimimpin UMNO/BN seperti mana
wujudnya beberapa laman web/blog yang diwujudkan oleh
penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir membuktikan betapa besarnya
kesan laman web/blog kepada rakyat.
Kerajaan harus mengakui bahawa rakyat Malaysia terutama generasi
muda kini semakin cerdik, semakin lebih bersikap terbuka, berani
meluahkan pandangan dan cadangan terhadap pelbagai perkara.
Sekatan khususnya kepentingan politik pemerintah sebenarnya akan
meruntuhkan kebebasan dan keterbukaan rakyat.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/
|