BALIK KE MUKA UTAMA

PEMUDA PAS DESAK OIC BANTU PEJUANG HIZBULLAH


Kenyataan Media (9 Ogos 2006)




Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mendesak supaya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan seluruh negara ahli OIC membekalkan senjata kepada pejuang Hizbullah bagi tujuan membolehkan mereka mempertahankan diri. Dalam keadaan yang agak meruncing ini, bantuan senjata sahaja yang masih membolehkan pejuang Hizbullah mempertahankan diri mereka dan juga membantu rakyat Lubnan dan Palestin.

DPP Pusat percaya dengan langkah ini, pejuang Hizbullah dapat memastikan serangan keatas Lubnan dan Palestin dibendung. Dilihat dengan keadaan sekarang ini, sasaran perancangan serangan ini adalah kepada rakyat Lubnan dan Palestin yang tidak bersalah. Jika negara-negara Islam lain masih takut membantu pejuang Hizbullah ini, siapakah harapan rakyat Lubnan, Palestin dan negara-negara lain jika ditindas seperti?

DPP Pusat juga melihat bahawa bantuan seluruhnya harus disalurkan kepada pejuang Hizbullah bukan hanya sahaja senjata tetapi merangkumi keperluan lain seperti pemakanan dan juga perubatan. Keperluan mendesak ini bukan hanya dilihat menyokong secara ketenteraan sahaja tetapi ianya juga melibatkan pembangunan keseluruhannya. Inilah sebenarnya peranan yang harus ditunjukkan OIC sebagai Badan yang mampu membantu negara yang memerlukan.

DPP Pusat tidak yakin kepada janji rejim Israel untuk mematuhi genjatan senjata tempohari. Apakah ruang peraturan atau undang-undang untuk memastikan semua ini dapat di ikut sepenuhnya. Rejim Israel yang memulakan peperangan ini telah menceroboh serta melanggar semua peraturan yang mana masyarakat tidak dapat menerima secara amalan atau pun prinsip.

DPP Pusat tidak melihat bantuan penghantaran tentera pengaman PBB dan OIC boleh menghentikan peperangan ini serta memastikan tentera rejim Israel tidak mengganas membunuh rakyat Lubnan dan Palestin yang telah mereka korbankan. Bantuan utama seperti pensenjataan menjadi asa bagi memastikan kekangan rejim Israel dihentikan segera.



YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762