BALIK KE MUKA UTAMA

Achmad Soeparjo <parjo_888@yahoo.com>
Date: Wed 07/12/06 03:51 AM


Saudara pengarang,


Hari ini media mendedahkan senarai menteri kabinet yang disaman kerana salah lalu lintas, tapi tidak dibayar. Yalah, menteri-menteri tak salah kerana mereka tidak diberitahu dengan surat saman ekor itu.

Soal besarnya ialah mengapa pihak yang menyaman (polis dan JPJ?) tidak mengantar surat saman itu sehingga ada yang sudah tujuh tahun!

Kalau rakyat biasa, cepat dikejar dan digari kerana ingkar bayar saman. Sekarang rakyat yakin bukan sahaja menteri yang disaman tapi saman itu diperap, tetapi banyak lagi orang berpangkat besar bernasib begitu.

Satu lagi episod malang hanya kerana menjadi rakyat biasa, bukan VIP. Keadilan bagaimana yang mahu diajar kepada rakyat marhean?


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762