|
Pakatan mereka mampu terajui
Malaysia
gambar
malaysiakini.com
Mungkinkah ini gambaran kepimpinan
negara kita Malaysia. Isu ini panas seketika lalu
bila Anwar Ibrahim menyuarakan kemampuan gabungan
ini bertindak untuk menerajui Malaysia. Adakah ini
suatu yang mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bila
PAS menerima DAP dan DAP menerima konsep pentadbiran
Islam PAS dan Parti Keadilan Rakyat tersepit di
tengah - tengah memperjuangkan semua bangsa.
Kita lihat sebenarnya realiti pakatan
ini. Adakah sebenarnya ini mampu berlaku? Mampukan
mereka berkompromi khususnya dalam isu - isu
perjuangan Islam oleh PAS dan DAP. Adakah seperti
pernah diungkai dengan serangkap pantun oleh Tunku
Abdul Rahman:
Bangsa Melayu berhati murah,
Segan dan malu serta hemah,
Dagang keluaran dihormati terjumlah,
Hatta rugi sendiri tak indah
Mungkin PAS akan menunduk kepala
dalam isu perjuangan Islam mereka, tunduk kepada
pegangan prinsipal yang dipegang erat oleh DAP yang
tidak berkerjasama dengan PAS selagi idealisma PAS
adalah negara Islam. DAP beberapa kali menolak
sebarang pakatan dengan PAS dan setakat ini PAS
telah keluar dari kepompongnya untuk mendahulukan
perjuangan kemenangan politik melebihi perjuangan
Islam mereka. Bagaimana agaknya bentuk kerjasama
yang mampu mereka lakukan. Adakah mereka akan
melakukan asimilasi atau akhirnya formula pakatan
seperti Barisan Nasional dilakukan dalam pola
yang lebih tersorok. Sekiranya asimilasi
dilaksanakan apakah bentuk kerajaan yang akan
terlaksana? Apakah intipati manifesto mereka? Soalan
- soalan ini perlu kita tahu. Adakah asimilasi
antara pelbagai idealisme politik ini merangkumi
percubaan asimilasi antara kaum dan tradisi. Adakah
ini satu "experiment" yang bakal berdepan dengan
risiko yang tinggi. Kita bincangkan.
|