|
Tun Cuba Lindungi Kroni dan
perkasakan laluan Mukhriz
Jika keruh air sungai di hilir
carilah puncanya di hulu.Jika benar ikhlas mahu
membetulkan atau menegur untuk kebaikan bangsa dan
negara,carilah jalan yang terbaik dan bukan cara
yang boleh menghancurkan bangsa.
Kemelut yang berlaku antara Mahathir dan Pak Lah
kini bukanlah kerana Tun Mahathir benar-benar mahu
memperbetulkan Pak Lah seperti apa yang dinyatakan
sebelum ini.
Change
Don't miss the wood for the trees. This fight that
Mahathir got going on with Pak Lah is not about
doing the right thing. It is at the very least about
putting his old crony’s rice bowl firmly where the
padi fields grow. At the very sinister of motives
might be the will to further advance Mukhriz’s
political career and provide continuity to the old
ways. More News
Beliau mahu Pak Lah tersingkir dari jawatan sebagai
seorang Perdana Menteri.Tun juga mahu melebarkan
pengaruh politik anaknya, Mukhriz agar dapat
mewarisi kepimpinan yang telah beliau serahkan
kepada Pak Lah sebelum ini agar segala jaringan
perniagaan beliau dan juga kroni-kroni beliau
berjalan seperti di zaman pemerintahan beliau dahulu.
Segala sudut diperkemaskan untuk memastikan serangan
terhadap Pak Lah berkesan. Tidak cukup dengan
serangan terhadap Pak Lah , menantu. anak-anak Pak
Lah juga dijadikan sasaran.
Selain dari pentadbiran kerajaan . perniagaan anak
dan menantu Pak Lah juga dijadikan bahan untuk
melemahkan Pak Lah.
Segala kritikan beliau terhadap Scomi telahpun
terjawab, Scomi sebenarnya tidak mendapat banyak
tender kerajaan dan apa yang diperolehi oleh scomi
adalah dengan cara yang betul dimana Scomi mengikuti
prosedur yang betul bersaing untuk mendapatkan
tender.
Tidak seperti
OPCOM Sdn Bhd yang telah mendapatkan tender
secara 'direct nego' perbincangan terus yang
diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2003
ketika Tun Mahathir ketika itu menjadi Perdana
Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Nilai tender di Telekom Malaysia Berhad adalah
sebanyak dua ratus empat belas juta
ringgit.Kementerian Kewangan telah meluluskan tender
ini.(Dengan restu menteri kewangan ketika itu.Tun
Mahathir dan ada yang menyatakan atas arahan) Opcom
disenaraikan sebagai tulang belakang kontrak ini dan
siapakah Pengarah dan pemegang saham syarikat ini.
Untuk melihat bukti sila download surat dari Telekom
ini.

Ini bererti Mahathir telah menipu kepada rakyat
Malaysia di dalam akhbar internet Malaysia kini
bahawa anaknya tidak terlibat dalam perniagaan yang
melibatkan kerajaan.
|