|
Off The Edge : Nothing personnal - Tun
Mahathir
Edisi terbaru Off The Edge yang menemuramah
Tun Dr Mahathir jelas menunjukkan bahawa tidak ada
perubahan kedudukan Tun yang masih kritikal mengkritik
kepimpinan Pak Lah. Tun Mahathir memperbahrui kritikan
beliau dengan menjelaskan kelemahan - kelemahan kepimpinan
yang ada sekarang ini yang mampu mengugat kepercayaan rakyat
terhadap era kepimpinan Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional.
Corak kepimpinan Pak Lah yang dikatakan membawa Malaysia ke
belakang pasti mengusarkan rakyat dan Tun Mahathir percaya
ini akan menimbulkan perkara - perkara yang tidak diingini
bukan sahaja dari segi perekonomian tetapi yang penting
adalah dari segi sosio-kemasyarakatan. Beliau menegaskan
bahawa dalam era pemerintahan beliau tidak terdapat
penyerahan memo ahli- ahli parliamen dalam isu - isu
perhubungan antara agama dan kaum. Isu mengenai menangani
masalah perkauman tidak wujud seperti yang ada sekarang ini.
Mahathir turut menyelar apa yang disebut Islam Hadhari dan
perbezaan sewaktu pentadbiran beliau yang berkonsepkan
penerapan nilai - nilai Islam dalam pentadbiran negara.
Kritikan Tun Mahathir terhadap Islam Hadhari adalah jelas -
kita hanya ada satu Islam. Persoalan ini agak serius kerana
sekiranya Tun Dr Mahathir sendiri tidak yakin dan faham
mengenai Islam Hadhari maka adalah satu masalah bagi rakyat
lain untuk mengetahui erti dan sebab timbulnya Islam Hadhari.
Mahathir menegaskan " There is no need
to give it a new name: just say this is Islam"
Satu lagi penegasan yang perlu kita ambil dalam
wawancara antara Off The Edge dengan Tun Dr Mahathir adalah
:
But it is not right to say that the Chinese are not getting
opportunities.That would be wrong

Persoalan ini ditimbulkan oleh Off The Edge
yang merujuk kepada ketidakpuasan kaum khususnya dalam isu
ras dan perdebatan antara agama. Off The Edge mempersoalkan
hakikat ketakutan yang timbul dari mereka yang bukan Melayu.
www.umno-reform.com percaya artikel temubual antara Off
The Edge memerlukan perbincangan yang menyeluruh termasuk
polisi - polisi yang dibuat dalam era pemerintahan Dr
Mahathir yang kini menjadi satu serapan yang memerlukan,
mendesak dan memaksa semua sistem menuruti kerana yang perlu
dijaga adalah beberapa kerat Melayu Perdana kononnya bagi
meningkatkan statistik pencapaian Melayu tetapi akhirnya
menghancurkan bangsa itu sendiri. Tepuk dada layan selera
dan akhirnya tanya kita dimana, rakyat kemana dan Melayu itu
apa?
|