BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Kenyataan Media

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan 19 Januari 2007

EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERBOHONG

Exco Kerajaan negeri sembilan telah berbohong dalam kenyataanya mengenai tidak wujud halangan untuk membantu mangsa banjir.

Dalam laporan utusan Malaysia 10 januari 2007 yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz menafikan wujud halangan untuk Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan menyampaikan bantuan. Malah beliau turut menuduh kenyataan awal Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan mengenai halangan menghulurkan bantuan hanya bermotifkan politik semata – mata.

Ir. Jalmlus juga dalam laporan yang sama menuduh ‘pembangkang’ hanya tiba membantu ketika keadaan telah reda dan air telah surut. Malah ‘pembangkang’ hanya berkunjung ke kawasan yang ada pengikut sahaja.

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan dengan ini menyangkal kenyataan bohong tersebut.

Pertama, jelas pasukan bantuan Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan yang dikejarkan ke Felda Sungai Kelamah, Gemas di halang untuk menyampaikan bantuan oleh JKKK Felda Sungai Kelamah yang juga pemimpin UMNO setempat. Setiausaha JKKK tersebut termasuk Ketua Kampung sendiri menyatakan yang mereka telah menerima arahan untuk tidak menerima bantuan dari mana – mana pihak khususnya parti politik. Segala bantuan hendaklah disalurkan terus ke Pejabat Daerah untuk diagihkan semula kepada penduduk oleh Pejabat Daerah atau wakil rakyat sendiri. Kehadiran orang mengambil gambar ketika pasukan bantuan AMNS berada di situ di percayai anggota cawangan khas juga membuktikan Polis turut terlibat menghalang bantuan. Kami dilarang oleh JKKK untuk menyampaikan sebarang bentuk bantuan.

Kedua, Ir. Jamlus berbohong mengatakan AMNS tiba hanya ketika banjir reda. Pasukan Bantuan AMNS ialah pasukan bantuan pertama yang tiba di Pusat Pemindahan, Felda Sungai Kelamah. Ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk kampung yang ditemui dan mengatakan mereka berpindah sendiri dan belum mendapat apa – apa bantuan sehingga kami sampai.

Selepas banjir surut sememangnya AMNS ada menyediakan pasukan bantuan pasca banjir, namun bantuan kerja – kerja pembersihan hanya dapat di lakukan di tempat – tempat tertentu sahaja kerana tenaga dan kewangan yang terhad. Kami tidak menerima sebarang bantuan dan sokongan dari agensi kerajaan mahupun pihak swasta seperti yang dinikmati oleh agen parti BN yang dilihat sibuk menyampaikan bantuan menggunakan kemudahan agensi kerajaan dan bersumberkan syarikat korporat besar.

Malah di beberapa kawasan bantuan pasca banjir kami ditolak kerana wujud ketakutan di kalangan penduduk jika menerima bantuan dari ’pembangkang’ mereka akan terkeluar dari senarai bantuan kerajaan. Bagaimana ’khabar angin’ ini wujud tidak dapat dipastikan.

Kesempatan ini juga di ucapkan terima kasih dan tahniah kepada TM dan TV3 yang turut sudi menyenaraikan Pusat Aduan Rakyat, Angkatan Muda keADILan sebagai antara organisasi yang turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir.

’keADILan Youth, NorAzizi, 012 3696474 (Penyelaras Pusat Aduan Rakyat)’ telah ditayangkan selama 5 saat di kaca tv melalui iklan bantuan banjir tajaan TM di TV3 di hujung Buliten Utama 15 Januari 2007.

Akhirnya sekali lagi AMNS melahirkan rasa kesal terhadap pembohongan Exco Kerajaan Negeri Sembilan. AMNS berharap agar UMNO dan BN bersikap lebih terbuka dengan mengutamakan rakyat dalm setiap tindakan mereka bukan hanya memikirkan kepentingan politik semata – mata. Jelas bencana demi bencana termasuk banjir yang terbaru BN gagal bersikap terbuka dalam membantu rakyat sebaliknya hanya meletakkan kepentingan politik di depan.

AMIRUDDIN ABD WAHAB

Setiausaha

Angkatan Muda Negeri Sembilan.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762