|
Semakin kerap membodohkan orang lain semakin
pasti perkataan itu hanya menjadi reflesi diri sendiri. Nazri
yang sebelum menyokong dan menyifatkan mereka yang membantah
forum Artikel 11 dan IFC adalah bodoh terbukti salah bila Pak
Lah sendiri mendesak meeka memberhentikan forum - forum sedekian.
Kali ini Nazri dengan sikapnya menolak resolusi Pemuda Kubang
Pasu dengan mengatakan mereka "bodoh dan keliru". Ini sebenarnya
tidak menghormati pandangan orang lain. Kubang Pasu meluluskan
usul supaya beliau dipecat dari menganggotai parti dan jawatan
kabinet atas tindakan biadap terhadap Tun Dr Mahathir.
Ketetapan Pemuda Bahagian Kubang Pasu ini juga
menunjukkan beberapa indikasi cerah abhawa Tun Dr Mahathir
kemungkinan akan mendapat tempat sebagai perwakilan pada
Mesyuarat Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi
|
Nazri Sifatkan
Usul Pemuda Umno Kubang Pasu Sebagai
'Bodoh' Dan 'Keliru'
JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) --
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
menyifatkan tindakan Pemuda Umno
Bahagian Kubang Pasu, Kedah
meluluskan usul meminta beliau
dipecat daripada menganggotai parti
dan jawatan kabinet sebagai sesuatu
yang "bodoh" dan "keliru."
Beliau yang juga anggota Majlis
Tertinggi Umno berkata Pemuda Umno
bahagian tersebut sepatutnya
meluluskan usul meminta bekas
Perdana Menteri dan bekas Presiden
Umno Tun Dr Mahathir Mohamad agar
tidak lagi mengkritik kerajaan dan
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi.
Bercakap kepada pemberita selepas
merasmikan Mesyuarat Perwakilan
Pemuda dan Puteri Umno Bahagian
Gelang Patah berkata perlembagaan
Umno tidak menyatakan bahawa
bersikap kurang ajar terhadap bekas
pemimpin merupakan suatu kesalahan
yang boleh dibuang parti.
Semalam, persidangan perwakilan
Pemuda Umno Kubang Pasu telah
meluluskan usul memecat beliau
daripada mengganggotai Umno dan
jawatan kabinetnya berikutan
kenyataannya yang disifatkan biadap
terhadap Dr Mahathir.
Menurut Nazri, pada mulanya beliau
tidak mahu bercakap kepada media
tentang isu kritikan Dr Mahathir
terhadap Abdullah dan kerajaan
sebagaimana yang diarahkan oleh
Kebinet tetapi kini terpaksa
mengubah berikutan tindakan Pemuda
Umno Bahagian Kubang Pasu itu.
Katanya beliau diberitahu bahawa apa
yang berlaku semalam adalah pemuda
Umno bahagian Kubang Pasu tidak
meluluskan usul memintanya dipecat
tetapi sebaliknya beberapa wakil
pemuda bahagian meminta beliau
dipecat semasa ucapan penangguhan
mesyuarat itu.
Nazri berkata beliau akan
mendapatkan pengesahan lanjut
daripada Ketua Umno Bahagian Kubang
Pasu Datuk Johari Baharum mengenai
usul pecat itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Nazri
menasihatkan Pemuda Umno Kubang Pasu
agar menilai diri mereka sendiri
sebelum bertindak mencadangkan
beliau dipecat daripada parti itu.
Beliau juga berkata, walaupun
digelar sebagai kurang ajar kerana
kelantangannya mengkritik Dr
Mahathir tetapi menegaskan akan
meneruskan apa yang dibuatnya kerana
tidak melihat sebarang kesalahan di
dalam mempertahankan Abdullah dan
kerajaan.
Di KUALA SELANGOR, Ketua Pemuda Umno
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata usul itu tidak mencerminkan
kedudukan sebenar sayap parti
tersebut yang kini kuat dan maju.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran
berkata demikian kepada pemberita
selepas merasmikan Mesyuarat
Perwakilan Bahagian Umno Kuala
Selangor hari ini.
-- BERNAMA |
|
|
Bagaimana pun Timbalan Presiden UMNO , Dato Najib
Tun Abdul Razak menegaskan bahawa tindakan itu tidak wajar dan
tidak ada sebab untuk menerima usul sedemikian. Persoalan
seperti panggilan beruk dan iblis yang tidak merujuk secara
spesifik kepada Tun Dr Mahathir seharusnya juga mendapat celaan
dari Kubang Pasu.
|