![]() |
|
|
Nazri - pendekar atau gurka - Mohamed Yunus |
|
Dalam ketawa ini saya juga mahu menasihati Nazri supaya terlebih dahulu melihat dirinya sendiri sebelum menasihati Mukhriz untuk menasihati bapanya. Semua tahu bahawa Nazri seharusnya menasihati anaknya dahulu. Saya tidak mahu mencampuri urusan keluarganya tetapi kalau dia boleh mengeluarkan kata - kata itu kepada Mukhriz kenapa tidak kita keluarkan benda yang serupa kepada beliau. Nasihati anak awak sendiri dahulu? Apa pun sebagai Gurka yang menyokong penuh InterFaith, saya nasihatkan ahli - ahli UMNO supaya mula melihat ke kiri - kanan anda untuk mencari kepimpinan yang lebih sesuai dari Nazri. Sebenarnya bagi saya pemimpin seperti Nazri ini sudah tidak lagi sesuai untuk hadir dalam UMNO. Umno kini harus menilai kewibawaan seseorang pemimpin dan melihat paksi pemimpin tersebut. kita harus berpegang kepada kepimpinan yang mahu mengusahakan kemajuan kepada rakyat - mempertahankan agama , bangsa dan negara. Kita tidak mahu kepimpinan yang menyokong ketuanya membabi buta tanpa mahu bertindak menongkah arus sekiranya perlu demi rakyat. Kita bukan menyuruhnya kepimpinan yang dilantik bertindak sebagai pembangkang tetapi lebih sesuai kepimpinan itu hadir memberi idea - idea bernas untuk mencorak pembangunan bangsa dan dalam konteks ini bagi memperjuangkan Islam dan Melayu sebagai "prority" utama. Kita tidak mahu melihat kepimpinan yang hanya hadir untuk kepentingan politik dirinya. Dalam isu Nazri ini kepimpinan UMNO khususnya perlu melihat arah beliau dalam menangani isu IFC. Adakah kita Melayu mahu membiarkan orang seperti Nazri ini bertindak sebagai alat untuk mencari "kemenangan moral" oleh mereka yang mahu mencabar agama Islam. Kita harus mendedahkan petisyen yang menyokong IFC dan melihat samada benarkah Nazri adalah antara mereka yang menanda tangani petisyen tersebut. Sekiranya benar - maka inilah pemimpinan yang akan merosakkan " Hadhari Pak Lah" dan turut mencabar keutuhan Islam di negara kita ini. Ahli Umno - perlu meneliti samada " BENARKAH NAZRI ANTARA ORANG YANG MENANDATANGANI PETISYEN IFC ATAU SURUHANJAYA ANTARA AGAMA" sebelum menerima beliau semula sebagai kepimpinan kelak.
Akhirnya kepada Gurka Malaysia itu - sedar dan
masa anda akan tiba apabila dilempar ketepi bagai sampah. Pergi
sokong IFC tu.. |
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|