BALIK KE MUKA UTAMA

Nazri yang celupar
suara rakyat <suara_rkyt@yahoo.com>

Salam Sejahtera,


Saya melihat dan memerhati setiap peristiwa daripada kenaikan harga petroleum yang membebankan rakyat, kenaikan barang barang keperluan rakyat, kepincangan pentadbiran sekarang, ketidaksopanan pemimpin bukan Melayu yang mempertikaikan undang undang Islam, keberanian individu individu dalam kerajaan melakukan kesalahan terhadap PBT serta menyalahkan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dan kemelut politik sehinggalah kepada komen terbuka DR Mahathir terhadap kepimpinan Kerajaan yang diterajui oleh bekas Timbalan beliau iaitu Pak Lah serta yang terbaru Program Dialog Tun Dr Mahathir di Taman Melawati pada 24 Jun 2006.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang punya akal dan pemikiran yang terbuka dalam semua perkara dan keadaan saya melihat komen serta kritikan Dr Mahathir sepatutnya diambil secara positif dan dikaji serta diambil kira dalam konteks kebaikan untuk memperbaiki sistem kerajaan yang semakin rosak. Kenapa harus diadakan program Dialog bersama bekas Perdana Menteri ? Ianya adalah jelas bahawa ramai pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kemelut ini, terutamanya PAS, Keadilan dan DAP. Itu amat jelas dan cukup nyata. Mengapa UMNO sendiri tidak mahu mengambil inisiatif dalam perkara ini untuk adakan Dialog tertutup dengan Dr Mahathir? Apakah Dr Mahathir sudah tidak ada ertinya bagi UMNO? Apakah Dr Mahathir sudah tidak relevan lagi bagi UMNO? Atau apakah pemimpin pemimpin UMNO takut Dr Mahathir boleh menggugat cita cita beberapa individu individu yang punya agenda peribadi dan menjadikan kekayaan diri dan harta negara sebagai agenda utama daripada menjayakan hasrat parti dan cita cita parti untuk memartabatkan bangsa Melayu agar berada sebaris dengan bagsa lain?

Pertama saya ingin menyentuh tentang Khairy Jamaluddin iaitu menantu Pak lah yang cukup bijak mengatur strategi peribadinya sendiri. Suka atau tidak pemimpin UMNO harus jujur pada diri sendiri, menteri menteri yang terlibat harus amanah pada diri sendiri, ahli ahli Parlimen yang terlibat juga harus jujur dengan diri sendiri begitu juga beberapa Exco Pemuda UMNO bahawa bagi mereka untuk melawan Khairy atau untuk melawan arus dengan Khairy adalah satu DOSA BESAR dan boleh menjadikan diri dalam kesengsaraan yang teramat sangat. Demi untuk menyelamatkan karier politik dan jawatan yang ada sekarang lebih baik menjadi PAK ANGGUK dan PENGAMPU biar diri itu hina dimata sendiri namun ianya amat mulia dimata Khairy. Siapa Khairy???? Apakah cukup hebat sangat anak muda ini?? Jika dengan anak muda ini beberapa Menteri yang mentadbir Kementerian Kementerian sendiri tak mampu untuk menegur maka apa jaminan untuk rakyat bawahan menaruh harapan. Apakah pasti yang rakyat akan terus menyokong Kerajaan sekarang. Siapa rakan rakan baik Khairy jika bukan anak kepada bekas ADUN Penanti yang mewakili Keadilan ( Hj Abdul Rahman Kadir) Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO Perlis dan adiknya yang betanding Ketua Pemuda UMNO Batu Kawan tetapi tewas. Mereka ini adalah bekas ahli Pembangkang dan bapa mereka adalah Pengerusi Tetap Keadilan. Tetapi mereka inilah salah satunya rakan karib kepada Khairy.
 

Apakah Khairy itu cukup baik, apakah Khairy itu amat hebat? Apa sebenarnya AGENDA TERSEMBUNYI KHAIRY???

Kedua adalah mengenai seorang MENTERI yang bernama Nazri Aziz yang cukup bodoh, cukup banggang dan cukup tak berakal. Apakah wajar seorang Menteri yang pernah dibantu oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri yang satu ketika dulu cukup taat setia kepada Presiden Parti akhirnya menjadi pengkhianat dan menjadi seorang yang paling kurang ajar dalam sejarah politik negara. Apakah dengan menghalau Dr Mahathir agar keluar dari UMNO tidak akan menjejaskan reputasi UMNO, apakah rakyat akan memandang bahawa UMNO melakukan sesuatu yang wajar dengan menghalau Dr Mahathir keluar dari UMNO dan andainya Dr Mahathir bukan lagi ahli UMNO maka sejarah akan memadamkan namanya sebagai bekas seorang PERDANA MENTERI MALAYSIA??? Bagaimanakan persepsi rakyat kepada Menteri yang cukup cukup BAHALOL ini??? Jika setakat yang BAHALOL itu Nazri Aziz sahaja tak mengapa tapi jangan sampai rakyat beranggapan bahawa Pemimpin pemimpin UMNO semuanya tak ada keikhlasan dalam segala hal. Waktu perlu, waktu mahu pertolongan mereka sanggup susah, sanggup mengaku apa sahaja tapi bila dah dapat bila dah tak perlu lagi maka mereka akan dabik dada mereka akan pijak rakyat, mereka akan buat apa saja yang mereka suka.
 

Bekas PERDANA MENTERI yang berkhidmat selama 22 Tahun untuk memajukan Negara, yang melakukan terlalu banyak jasa dan terlalu banyak perkara yang seakan tidak mampu kita capai satu ketika dulu. Kini megah didepan mata. Kepentingan rakyat diambil kira, Lebuhraya, jambatan Pulau Pinang , LRT, Monorel dan pelbagai kemudahan rakyat dilaksanakan. Akhirnya Bekas PEMIMPIN yang cukup berjasa ini dihina, disuruh keluar dari UMNO dan dianggap Diktaktor. Manusia apakah Nazri Aziz ini??? UMNO itu apakah milik Menteri menteri sahaja atau UMNO itu kini hanya milik Pak Lah dan Khairy semata mata?? Ingat!!! Tanpa rakyat terbanyak maka kerajaan akan datang mungkin bukan lagi UMNO??
 

Sebagai seorang rakyat bawahan dan saya sendiri tidak pernah bercakap dengan Dr Mahathir seumur hidup saya namun jasa beliau dan keikhlasan beliau meneraju negara selama 22 tahun tetap saya kenang sebagai yang terbaik buat rakyat Malaysia. Terlalu banyak rakyat Malaysia yang cukup marah dengan Nazri Aziz yang amat biadap ini dan mereka menganggap bahawa Nazri Aziz adalah manusia BAHALOL dan pemikirannya serta sikapnya tak lebih dari seorang tukang jaga kandang… sahaja. Pemikiran seorang Menteri bukan macam Nazri Aziz dan untuk apa beliau mahu pertahankan Khairy jika tidak kerana menginginkan tempat dihati Pak Lah dan Khairy. Semua tahu bahawa Nazri Aziz bukannya manusia yang Pak Lah suka namun beliau sanggup mengadai maruah dan harga diri serta menjadi pelacur murahan hanya untuk kepentingan peribadi. Cukup jijik dan hina siNazri Aziz ini dimata rakyat. Apatah lagi beliau mengungkap kembali kata kata dan panggilan Pembangkang kepada Dr Mahathir seakan beliau mahu hidupkan kembali slogan itu.
 

Dr Mahathir jelas dengan pendirian beliau bahawa beliau tetap dengan prinsip jati dirinya iaitu tidak akan bersama pembangkang tetapi beliau melakukan segalanya adalah atas dasar kepentingan Negara dan sesekali tidak akan mengikut pembangkang. Apakah ahli UMNO tidak berbangga dengan kenyataan ini bahawa bekas PEMIMPIN BESAR MALAYSIA ini menolak pembangkang mentah mentah secara berdepan dan ketika itu beliau dikerumuni oleh Pemimpin pemimpin Utama Pas, Keadilan dan DAP. Itulah jiwa seorang PEMIMPIN YANG MERDEKA dan Pemimpin yang Tulin. Bukan macam Nazri Aziz umpama kucing kurap yang belajar menyalak. Nazri Aziz sebenarnya BAGAI MELUKUT DITEPI GANTANG.. ADA TAK MENAMBAH TAPI MENYEMAK, TAK ADA LEBIH BAGUS UNTUK UMNO.
 

Harapan besar saya agar pembaca membuat nilaian atas segala yang saya lakarkan ini dan ianya tidak ada langsung untuk kepentingan peribadi dan segala yang terlakar ini adalah luahan rakyat terbanyak.
 

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762