|
Najib, digeruni pembangkang
Anak Pahang
Kg. Ketapang, Pekan merupakan
destinasi DS Anwar dalam usaha mereka untuk terus
menyerang Najib. Ini adalah sebahagian dari usaha
berterusan pembangkang khususnya Parti Keadilan
Rakyat Malaysia. Inilah usaha yang diklasifikasikan
sebagai GAN atau gerakan anti Najib. Gerakan ini
seolah - olah dilancarkan oleh PKRM atas beberapa
sebab tertentu.
Sungguh pun begitu apa yang jelas
ialah kehadiran gerakan ini memberi fokus kepada
kegusaran mereka melihat Datuk Najib seolah - olah
Najib adalah penghalang utama kepada kejayaan
pembangkang. Kenapa Najib dan bukan yang lain.
Adakah Najib dilihat sebagai tulang belakang kepada
kekuatan UMNO? Adakah Najib mampu menghalang
perkembangan pembangkang sehingga beliau dicop
sebagai benteng yang perlu dirobohkan. Prosedurnya
serupa, gagalkan Najib, tumbangkan Najib maka UMNO
akan tumbang. Mungkin itu teori yang telah dibuat
oleh pembangkang. PAS melalui media mereka Harakah
hari ini memaikan isu " Kes Razak Baginda - Peluang
terbaik untuk Khairy mencantas Najib? " Isu ini
terus mengaitkan Najib dan memberi gambaran agar
rakyat dan UMNO bertindak menyingkirkan Najib.
Kenapa begitu serius terhadap Najib? Anwar Ibrahim
dalam usaha berterusan beliau untuk menghentam Najib
sekali lagi cuba mengkaitkan isu pembelian kapal
selam dan jet perjuangan yang bagi beliau mempunyai
unsur - unsur rasuah. Ini dilakukan dalam
ceramah beliau di Pekan sungguhpun sambutan amat
dingin. Persoalan ini ditanya untuk penjelasan
kerana mengenai pembangkang mahu menjatuhkan Najib
sebagai agenda utama pernah dibawa oleh laman ini.
Najib merbahaya
Inilah isyarat yang boleh kita lihat berlaku hari ini. Media - media alternatif
selari dalam mengatakan Najib amat merbahaya
sekiranya mengantikan Pak Lah. Persoalan yang kerap
bermain diminda ini adalah bahawa untuk siapa? Yang
nampak ialah Najib merbahawa untuk pembangkang.
Sungguhpun begitu membaca tulisan media alternatif
lain pula apa yang nampak adalah Najib juga
merbahaya untuk mereka yang ada kepentingan dalam
UMNO. Adakah ini tidak kelihatan dalam cara
pembangkang membawa isu ini. Yang paling perik ialah
bila pembangkang membunga - bungakan bahawa usaha
menjatuhkan Najib datang dari Khairy Jamaluddin yang
secara tidak langsung seperti ada "endorsement" dari
Pak Lah. Ini adalah isu nakal semata - mata. Hentam
Najib kerana NaJIB MAMPU MENJADI BENTENG YANG
MENGHALANG USAHA - USAHA pembangkang di masa yang
sama timbulkan konflik solah - olah Pak Lah sendiri
mahukan Najib kecundang. Ini adalah apa yang saya
lihat wujud. Ini bagi saya menetapkan bahawa Najib
adalah merbahaya buat pembangkang.
|