BALIK KE MUKA UTAMA

Najib akan cabar Pak Lah?


Suara Keadilan edisi 3-16 Ogos dalam artikel mereka bertajuk Najib sudah tidak sabar tulisan Kim Quek percaya bahawa  tidak mustahil Najib akan menentang Pak Lah. Media pembangkang itu mengukur ketidakhadiran Najib sewaktu menjemput kepulangan Pak Lah dengan alasan terpaksa pergi ke London. Menurut media itu lagi, ketidakhadiran ramai jemaah Menteri menyambut kepulangan Pak Lah adalah indikasi bahawa kepimpinan sedang mengambil langkah berhati - hati dan teruja untuk melihat pengakhiran senario pergeseran antara Pak Lah dan Maahthir.

Sungguhpun begitu penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia , Anwar Ibrahim tidak percaya Najib akan berani melakukan sesuatu yang drastik seperti mencabar Pak Lah. Bagi beliau Najib tidak mempunyai "political will" untuk melakukan perkara  - perkara seperti itu.

Namun sengketa yang ada sekiranya dilihat secara asas akan hanya menguntungkan Najib selaku Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang ada.  Najib jika dilihat sekarang ini kerap menyatakan sokongan tidak berbelah bagi beliau kepada Pak Lah tetapi adakah Pak Lah tidak kenal kepada dan mengetahui budaya - budaya dalam UMNO.

Adakah Najib akan cabar Pak Lah - beri pandangan dan pendapat Makumbalas


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762