![]() |
|
|
Siapa musuh sebenar Zahidi? Begitulah salah satu email yang kami terima mengenai cadangan Zahidi untuk menjemput Dr Mahathir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Besar. Sungguhpun cadangan ini tidak akan kesampaian Zahidi bertindak untuk mengadakan ceramah sebaliknya. Zahidi kini dilihat hadir dalam program - program bersama Tun Dr Mahathir dan ini jelas memberi indikasi yang beliau bukan lagi orang Pak Lah. Beliau juga dikatakan akan menjadi pesaing kuat dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dijangka beliau akan menentang Khairy Jamaluddin. Tindakan sebegini tidak kelihatan pada mana - mana ahli UMNO lain setakat ini dan ini boleh dianggap satu tindakan yang berani. Sungguhpun begitu ada suara - suara dalam UMNO yang mengatakan bahawa ini satu tindakan membunuh diri. Walau bagaimana pun ini adalah satu tindakan yang patut dihormati. Ahli UMNO tidak sepatut memegang label tukang angguk. Sekiranya beliau berpendapat beliau mampu mengendalikan Pemuda UMNO dengan lebih berkesan maka seharusnya beliau sekarang bertindak membawa aus baru dalam pergerakan pemuda malah UMNO sendiri. Beliau juga sepatutnya sudah hadir memberi inspirasi - inspirasi baru untuk membuktikan bahawa UMNO perlu berubah, dari hanya menurut kepada sikap yang lebih pro - aktif. Sehingga hari ini ramai yang berpendapat Zahidi memulakan langkah beliau kerana pergeseran beliau dengan Khairy Jamaluddin. Naman tidak ada satu kenyataan mengenai pergeseran itu yang dimaklumkan. Oleh kerana itu setakat hari ini arah tuju Zahidi masih belum jelas. Tetapi yang jelas ialan beliau menuruti Tun Dr Mahathir. UMNO Padang Besar bincang SelasaUtusan Malaysia KANGAR 29 Julai - Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar akan mengadakan perbincangan Selasa ini, ekoran teguran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berhubung mesyuarat bahagian itu yang akan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu bukan dibuat oleh beliau seorang tetapi persetujuan bersama jawatankuasa UMNO bahagian atas permintaan ahli-ahli jawatankuasa dan juga ketua-ketua UMNO cawangan. “Kita sentiasa mengikut perlembagaan parti dan tidak akan melanggar peraturan ditetapkan. ‘‘Jika itu keputusan parti, kita akan akur. Mungkin kita hanya akan panggil Tun pada hari lain untuk beri ceramah sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|