BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: Mustapah Abdullah

From_Name: Mus

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Tahniah Sdra Shamsul Iskandar. Inilah sokongan terbuka pertama Angkata Muda Keadilan terhadap Forum yang bakal menjadi platform untuk mencukar kacirkan kita dalam Islam. Parti Keadilan Rakyat dalam isu ini terpaksa menyokong kumpulan IFC kerana komposisi mereka yang berbilang kaum. Inilah sebenarnya masalah dalam KEADILAN. Parti yang kononnya membawa nafas baru, tidak berunsur perkauman  tetapi terbatas dalam mempertahankan Islam. Saya perhatikan sehingga kini inilah satu kenyataan yang ada mengenai IFC dan forum yang bertujuan untuk membicarakan kecacatan perlaksanaan perlembagaan yang dikatakan mendiskriminasi agama mereka.

Saya ajukan sekali lagi tahniah kerana inilah dia PArti yang dikatakan akan membela rakyat Malaysia tapi mendiskriminasi kaum. Cuma kadang - kala terbatas untuk memperkatakan soal -soal kepentingan agama Islam dipertahankan. Dalam keadaan Islam dicabar, semua kumpulan - kumpulan NGO Islam bangkit, PAS dalam lingkup politik bangkit dan rakyat diajak hadir untuk sama - sama bangun untuk menunjukkan solidariti dalam mempertahankan ketetapan agama Islam namun Shamsul Iskandar Mat Akin seorang yang dikatakan akan menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Ketua Pemuda Keadilan Rakyat hadir mepertahankan forium mengenai Artikel 11 dan juga Suruhanjaya Antara Agama.

Mungkin kepentingan sokongan lebih penting dalam politik dari kita sama - sama menentukan, memperjuangkan dan mempertahankan Islam itu sendiri dari tercemar. Saya dimaklumkan melalui pembacaan di Malaysia Kini , Pemuda Pas dan UMNO telah menghantar bantahan mengenai forum Artikel 11 yang dianjurkan oleh kumpulan peneraju Suruhanjaya Antara Agama  tetapi TAHNIAH Angkatan Muda Keadilan menyokong kerana terpaksa - takut hilang sokongan kaum lain.

Seluruh rakyat Islam Malaysia harus berwaspada dengan kehadiran orang - orang semacam Shamsul Iskandar, yang sanggup menggadaikan Agama kerana kepentingan politik. Angkatan Muda Keadilan menyokong IFC - wajar kerana agama jatuh No 2 selepas kepentingan politik dan kuasa beragenda sendiri. 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762