![]() |
|
|
Najib memang dalam keadaan selesa. Kalau apa - apa jadi pada Pak Lah Najib adalah bakal pengganti dan kita akan menyaksikan Malaysia yang lebih teruk dari sekarang ini. Najib orang Mahathir. Mahathir sedang gasak Pak Lah pun kerana mahu Pak Lah undur dan ganti dengan Najib. Melihat perkembangan yang sedia ada, saya percaya Pak Lah akan gugur dalam arena politik. Dalam Umno sekarang ini ramai orang Mahathir dan orang - orang sedang mencatur jalan untuk Pak Lah turun dari tahta. Yang jelas kita tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri untuk meneruskan era pemerintahan ala Mahathir. Kita tidak mahu lagi menyaksikan ahli parlimen berkokok seirama yang akhirnya kita tidak tahu mana satu jantan mana satu betina. Era Mahathir adalah era yang menyekat segala suara dan era ini akan berulang kembali sekiranya Najib memerintah. Malang kalau Mahathir berjaya dalam cita - cita beliau untuk menumbangkan Pak Lah. Pak Lah pula harus mula melihat amaran yang semakin jelas untuk menjatuhkannya. Ingat - Mahathir sudah berjaya menumbangkan ramai kepimpinan biar Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Cukuplah kita hidup dalam dunia serba moden tetapi yang kaya adalah anak beranak mereka. kita tidak mahu lagi diperintah oleh diktator seperti Mahathir.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|