|
Saudara Pengarang
Saya tertarik dengan article Pak Lah Terus Terancam.
Saya musykil apakah serangan ke atas Pak Lah
sekarang atau Mahathir pada masa lalu dan lain-lain
pemimpin atasan UMNO dengan membongkar segala
keburukan masing-masing akan meninggalkan sesuatu
kesan drastic kepada empunya diri atau UMNO itu
sendiri? Mungkin saya silap. Tulisan seperti ini
cuma hendak mengenengahkan pandangan atau info yang
ada pada seseorang agar dilihat lebih tahu.
Biar sahih manapun maklumat salah laku seseorang
pemimpin didedahkan tidak bererti apa-apa selagi
seluruh ahli parti itu hanya mementingkan ‘tembolok
dan perut mereka semata-mata. Selagi tidak ada
kesedaran atau patrotisme terhadap negara, agama dan
bangsa dalam UMNO, selagi itulah parti yang mendakwa
membela nasib orang Melayu dan tunggak Kerajaan
porak peranda dan hilang credebilitynya.
Buktinya sudah nyata depan mata kita. Siapa sahaja
boleh menghina bangsa kita, tetapi apa UMNO buat.
Habis tegas menghunus kris yang tidak bermata –
itupunsetakat simbolik.
Ahli UMNO dan orang Melayu mesti sedar dari laungan
“kerjasama dari bangsa-bangsa lain” – dilafazkan
Tunku Abdul Rahman) kita hulurkan pula “berkongsi
kuasa.” Selepas kita menyerahkan Singapura kepada
orang China, bumi Melayu mana pula akan diserahkan
kepada kaum mendatang. Mungkin Pulau Pinang atau
Johor? Di Pulau Pinang, walaupun UMNO mempunyai
wakil yang ramai dalam Pihak Berkuasa Tempatan,
mengapa orang Melayu masih seperti melukut tepi
gantang’ Melayu pula yang mengemis kepada Toh Soo
Koon!!
Bukan maksud saya kaum mendatang mesti dipinggirkan,
tidak, jauh sekali. Apa yang penting kaum mendatang
mesti mengakui dan menghormati hak ketuanan orang
Melayu. Jangan kerana terlalu hendak menjalin
muhibbah dan berkongsi kuasa, kita terus gadaikan
hak kita. Sedarlah Amerika Sharikat dan Canadapun
meletakkan batas-batas Perlembangaan yang mesti
patuhi kaum yang menjadi warga.
Cuma di Malaysia sahaja, Mahthir dan UMNO mengatakan
bahasa Inggeris penting untuk orang Melayu maju.
Saya dalam rombongan Mahthir melawat Eropah. Germany
- menggunakan bahasa ibunda, Perancis bahasanya dan
Scandinavia – Nordic yet developed and menghantar
roket ke bulan. Begitu juga Russia dan Jepun. Cuma
UMNO mengada-adakan, konon lebih orang putih dan
maju dari orang putih itu sendiri.
Kesimpulannya ahli-ahli UMNO itu sendiri wajib
membersihkan kotoran yang diselerakkan oleh
pemimpin-pemimpin dalam benak masing-masing. Dan
mereka mesti sentiasa berwaspada kerana UMNO akan
menggunakan apa sahaja hatta ugama untuk menundukkan
mereka, untuk mengharu birukan fikiran. Fikir dengan
berlandaskan agama, mana yang baik atau buruk.
Nikmat dari sogokan hanya setakat satu ‘sendawa’
selepas itu Melayu terus melopong.
muazin subuh
|