|
Mohamad Aminuddin
Rujuk : Umno sama Umno bertelegah
Melayu tersepit ditengah
Melayu yang berbalah akan terbelah
dan bangsa yang ada akan terus rugi. Saya setuju
dengan pendapat editor mengenai apa yang berlaku
dahulu dan juga sekarang. Melayu sentiasa berpecah
dan ini adalah sebab - sebab utama kenapa Melayu
gagal dalam memajukan bangsa dan tamadun mereka.
Saya lebih setuju kalau kita katakan bahawa Umno
tidak pernah serius dalam merapatkan saf - saf
Melayu. Kepimpinan Umno lebih selesa memikirkan
bagaimana kita harus mempertahankan kedudukan dengan
manipulasi kuasa dan tidak dengan usaha untuk
membuktikan khidmat mereka kepada rakyat.
Setakat ini Umno kekal bertahan
sebagai pemerintah bagi saya adalah kerana mereka
berjaya menggunakan kuasa yang ada untuk terus
memperbodohkan orang - orang Melayu. Menyekat minda
orang - orang Melayu, mengugut dan mengancam adalah
bentuk - bentuk manipulasi kuasa untuk
mengekalkan kuasa. Cengkaman terhadap maklumat dan
menyorokkan kepincangan dan kegagalan adalah faktor
- faktor yang menyumbang kepada kemunduran orang
- orang Melayu. Rasuah menjadi retorik perjuangan
adalah satu lagi faktor yang bukan sahaja
membantutkan perkembangan ekonomi orang -
orang Melayu malah menarik orang - orang
Melayu kebelakang.
Saya percaya Melayu perlu mengambil
sikap berpendirian dan tidak mengadai pendirian
mereka semata - mata ada kepimpinan yang memberikan
harapan palsu di kawasan mereka untuk menjadi ahli
parlimen dan wakil rakyat.
Dari situ kita desak akan kepimpinan
yang hadir sedar bahawa mereka dipilih untuk
menyempurnakan tanggung jawab rakyat dan bukan untuk
memenuhi kehendak peribadi.
sekian |