BALIK KE MUKA UTAMA

Datuk Ishak Ismail - Ketua Bahagian UMNO Seremban - mengakui apa yang dikatakan oleh beliau.

Membaca apa yang telah dilaporkan oleh wartawan malaysiakini, Muda Mohd Noor mengenai komen Datuk Ishak Ismail - kami menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan. Benarkah Datuk Ishak Ismail bangkit mempertahankan Tun Dr Mahathir dan mencadangkan agar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik menjadi senator. Benarkah Abdullah Badawi tidak hormat kepada bekas Perdana Menteri Malaysia - Tun Dr Mahathir. Datuk Ishak Ismail turut memberi pendapat mengenai isu jambatan Malaysia - Singapura dan kedudukan ahli -ahli MT hari ini. Yang ada hari ini adalah pembodek dan mereka tidak perlu riuh untuk menyatakan  sokongan kepada Pak Lah.  Mereka patut sokong Shahrir Samad dalam kritikan sumbang Datuk Seri Samy Vellu terhadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Datuk Ishak Ismail turut menegaskan bahawa beliau menyokong pentadbiran Perdana Menteri Malaysia selaku Presiden UMNO tetapi beliau juga boleh dikritik dalam cara mana beliau menangani kritikan Tun Dr Mahathir. Apa yang tidak digemari ialah cara MT dan menteri - menteri lain melenting dan bangkit menyatakan sokongan. Ini adalah budaya tetap dalam UMNO yang sukar di kikis - budaya pembodek dan pengampu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan - tindakan yang telah atau bakal diambil oleh Penerangan UMNO di bawah Tan Sri Muhd Muhammad Taib untuk melakukan siri penerangan ke seluruh negara untuk menunjukkan sokongan UMNO kepada Pak Lah. Asasnya saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada rakyat mengenai isu jambatan Singapura - Malaysia yang sekelip mata bertukar keputusan dari teruskan pembinaan kepada hentikan pembinaan.

Ditanya mengenai Khairy Jamaluddin kemungkinan menjadi penyebab keapda terdapat kritikan dan tentangan terhadap Pak Lah, Datuk Ishak menegaskan - beliau naik begitu mendadak dan beliau kini berdepan dengan tuduhan moral  menggunakan Pak Lah untuk menguasi dan mempengaruhi keputusan Perdana Menteri. Itu adalh cerita dalam UMNO dan di luar UMNO. Setakat mana kebenaran cerita tersebut kita lihat nanti.

Di tanya mengenai reformasi dalam UMNO - Datuk Ishak mengatakan budaya dalam UMNO sudah seakan tepu - sikap menentingkan diri dan mahu menyelit masuk dalam "main stream" untuk kepentingan sendiri. Ini harus di ubah tetapi cara mana masih kabur lagi.

Ditanya mengenai kemungkinan bermula konflik dalam UMNO - Datuk Ishak mengatakan bahawa yang penting jangan dicurahkan minyak kepada api. Sekiranya ada pihak dalam UMNO atau di luar UMNO mahu melihat kepada perubahan dalam kabinet dan kementerian dengan memulakan krisis maka yang akan rugi adalah Melayu sendiri. Sungguhpun begitu ketelusan perlu dalam kerajaan kepimpinan Pak Lah untuk menyakinkan semua mengenai hasrat dan harapan dalam pentadbiran Pak Lah.

Diakhirnya - perubahan dalam UMNO khususnya kepimpinan perlu dan jangan hadir hanya untuk menyokong tanpa usul periksa.

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762