BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Amaran kepada orang Melayu
To: anuarmohdnor@yahoo.com artikel ini merujuk kepada artikel asal Amaran kepada Melayu


Assalamu'alaikum

Saya ingin berkongsi pendapat mengenai riuk lentuh politik kaum bukan Melayu dan merenung apalah yang terjadi pada UMNO. Saya kira UMNO tidak mungkin berdaya bangkit semula kerana sudah tenat.  Satu sahaja harapan kalau ahlinya satu suara menuntut Perhimpunan Agong tergempar.  Dengan tindakan drastik ini, pemimpin yang tidak mementingkan negara, agama dan bangsa boleh disingkirkan. Persoalannya beranikah mereka bertindak demikian?

wassalam,

 

Minang Menung

SESAT, KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Ada sesiapa ingat pernyataan Dr Ling Liong Sik, mantan Presiden MCA sebaik penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman diluluskan sekitar tahun 2000. Kebetulan di kala itu, UMNO sedang dilanda krisis politik yang sulit dan pada pilihanraya umum tahun yang sama, kehilangan sebilangan besar undi Melayu.

Kaum China pintar mengatur caturnya. Dalam keadaan UMNO tersepit itulah masanya mereka melalui MCA menggerakkan ‘Queen’ dengan penangan pukul-mati!! Mahathir yang tertekan dan dalam usaha mengekalkan sokongan kepadanya, meluluskan penubuhan Universiti yang telah diperjuangkan sekian lama oleh kaum Cina. Liong Sik melahirkan rasa gembira dan puas hatinya, sambil berkata (lebih kurang bunyinya begini dalam sidang media) “After 30 over years making the effort we finally secured what we wanted.’ Universiti yang dituntut kaum Cina asal namanya Universiti Merdeka.

Baru-baru ini semasa kepimpinan Abdullah Badawi goyah, Ong Kah Ting menyatakan, ‘Bukan budaya MCA - kami orang China tidak akan menikam kawan dari belakang.’

‘Iktibar pernyataan

Statement di atas amat baik sekali, dan tiada unsur negative. Sedikitpun tidak. Manusia dunggu sekalipun, kalau mahu berfikir sedikit boleh mengambil ‘iktibar’ dari kata-kata mereka.

Kedua-dua tokoh kepimpinan rakan kongsi UMNO ini memegang teguh wawasan kaumnya dan commitment itu tidak mudah tergugat walaupun kepimpinan bertukar tangan.

Reality dan budaya hidup membuktikan hampir mustahil kaum China melepaskan sesuatu yang ada kaitan dengan kepentingan kaumnya. Ini kerana wawasan nenek moyang mengatasi segala-galanya.

Pendirian dan sikap orang China inilah yang mesti disadari dan dihormati. Ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan apa-apa. Hakikatnya, mereka hanya sanggup berundur setapak untuk merebut dua tapak ke depan. Tanpa ada keuntungan mereka tidak akan semudah atau sengaja menghulurkan sesuatu.

Kedua, boleh didengar tidak boleh diyakini.

Tuntutan sejak era Federal Council

Sebaik dibuka peluang mencampuri politik Tanah Melayu 1955, kaum Cina cuba mengenengahkan tuntutan-tuntutan kembalikan kerjasama yang mereka beri. Sebagaimana didedahkan Almarhum Tunku Abdul Rahman (melalui ulangsiaran rakaman temubual RTM 12hb Februari 2007) sejak awal zamannya lagi, melalui MCA mereka menuntut bahasa Mandarin diberi sama-taraf dengan bahasa Melayu – bahasa rasmi.

Satu-satunya tuntutan kaum ini yang masih belum tertunai atau dicapai adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua. Lelain sudah beres sebelum ini.

Apakah tuntutan jawatan Perdana Menteri kedua ini akan dihidupkan semula pada saat yang dikira sesuai menyorong ‘queen’ sekali lagi? Ini suatu tandatanya yang bermain dalam benak mengingat perihal kaum Cina sudah ada wakil – Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen di tiap-tiap kementerian. Andaian saya yang bodoh, tidak mustahil!!

Era Perdana Menteri sebelum Mahathir ada beberapa kementerian yang hanya ada Menteri sahaja.

Tuntutan lain – persamaan taraf bahasa dan kebudayaan sudah dilunaskan. Ini terbukti pada majlis kaum China di peringkat kebangsaan dan siaran media eletronik. Ada kalanya tulisan Cina lebih besar dari Bahasa Malaysia. Dalam erti kata lain, syarat syarat yang disepakati berhubung perkara tulisan sudah tidak diguna-pakai. Malah di sesetengah agensi awam empat (4) bahasa menarik perhatian ramai.

Program Mandarin di media eletronik hampir sama banyak dengan rancangan bahasa rasmi negara dan ke udara pada "prime time". Tidak salah atau tidak boleh dipersalah kalau pelancong dari luar negara apabila masuk ke bilik hotel menganggap Mandarin adalah bahasa rasmi Malaysia.

Di bidang pendidikan banyak perubahan dibuat sama ada di sekolah rendah kebangsaan maupun institusi pengajian yang tidak dapat dinafikan memberi laluan kepada keperluan kaum lain. Ini termasuk penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek "mathematics" dan "science". Program asasi sains dan matrikulasi yang dirangka untuk tujuan meningkatkan bilangan dan kecekapan pelajar Melayu dan bumiputra lain memasuki pengajian kejuruteraan dan perubatan dirombak dan sekali gus menjejaskan pencapaian mereka.

Akhir-akhir ini, bacaan doa memulakan hari persekolahan pula dimansuhkan Tandatanya di sini, mengapa harus amalan agama Islam ditentukan mengikut selera kaum Islam? Mungkin ini kesan dari pandangan Ling Liong Sik tidak berapa lama dulu bahawa kalau mengikut Al-quran, Malaysia akan kembali ke belakang.

Melayu dera diri sendiri

Setiap kali orang Melayu lah yang dihasak supaya membuka minda dan jangan jumud oleh kerana agama. Mengapa tidak sebaliknya – ditegaskan kepada kaum lain supaya mengingat dan menghormati apa yang telah disepakati dan dipersetuji oleh ‘our founding fathers’ berhubung kehidupan politik dan kemasyarakatan kita?

Kita berkorban apa sahaja. Bagi kita semua manusia berhati-perut Melayu. Pepatah ‘Rambut sama hitam hati lelain’ dianggap tidak sesuai pada zaman globalisasi.

Inilah kebimbangan orang Melayu – ketiadaan halatuju dan kelemahan terus menerus UMNO dalam serba serbi.

Buang sejarah hilang maruah diri

Sejarah memainkan peranan penting dalam pembentukan jatidiri bangsa. Apa rationalnya peristiwa 13 Mei 1969 tidak dimasukkan dalam sukatan pelajaran sejarah? Sebenarnya pengkisahan peristiwa tersebut boleh menimbulkan keinsafan semua pihak supaya menghormati sensitiviti satu sama lain. Pendek kata pepatah, ‘yang buruk dijadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan

Sebaliknya berlaku. Fakta tercetusnya peristiwa itu tidak kedapatan dalam buku sejarah. Apakah kerana kita terlalu amat hendak mengambat hati rakan kongsi kuasa kita. Akibatnya, maklumat yang disembunyikan konon untuk mengelakkan api perkauman, galak diungkit dan dijadikan bahan kecaman kemudian.

(Malaysia berbeza negara lain seperti Amerika Sharikat. Generasi abad ke 21 mereka pantas bercerita tentang zaman silam negara masing-masing termasuk perang saudara yang akhirnya melahirkan the United States of Amerika. Masyarakat dunia semua kenal State of the Union speech)

Mudah dan boleh dikotakkatikkan

Sesetengah pihak berani celupar mulut menghentam Islam dan lelain perkara berkaitan orang Melayu sewenang-wenangnya tidak (pura-pura) faham apa punca dan sebab musabab terjadi pergaduan kaum itu. Mereka sengaja berselindung disebalik sejarah yang tiada satu perkataan pun menyebut tentang Peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Lantas mereka tidak segan silu, jauh sekali rasa hormat mencaci cerca agama Islam.

Kecaman Timbalan Ketua Pengarang The Star Wong Chun Wai mengenai Islam dilihat selari dengan pendirian longgar kepimpinan UMNO sendiri terhadap Islam selama ini.

Wong pasti menafikan dia menghina Islam. Sepintas lalu jika dipandang lahiriahnya kepimpinan PAS Kelantan yang menjadi sasaran tulisannya. Saya ingin bertanya kepada orang Melayu yang sedikit ada cahaya Islam dalam hati, apa intipati kecaman Wong? Mengapa dengan dasar Kerajaan PAS negeri itu? Kita tidak dapat lari bahawa kandungan atau asas dasar Kerajaan Kelantan (menegakkan syiar Islam) itulah yang dibenci oleh Timbalan Ketua Pengarang the Star!. Tiada sebab lain.

Agenda Malaysian Malaysia

Secara peribadi cogan kata ini (sekadar rhetoric?) adalah perangkap yang memusnahkan orang Melayu. Saya suka merenung dan mengkaji sambil membandingkan agenda ini dengan Singaporean Singapore. Apa yang menimpa keturunan Melayu di Republik itu. Atas nama pembangunan dan kemajuan, akar umbi mereka dicabut terus. Tetapi keadilan Singapura-untuk-rakyat-Singapura tidak memberi ruang kepada orang Melayu.

Melayu diiktiraf warga Singapura tetapi dalam kehidupan Republik itu penyertaan mereka di bidang tertentu dihadkan. Mungkin Melayu belum mempunyai pencapaian academic untuk menyandang jawatan tinggi dalam Tentera dan perkhidmatan awam.

Sebelum berkuasa, Yusof Ishak dilantik Yang Di Pertuan Negara disamping beberapa orang dilantik Menteri. Selepas berpisah dari Malaysia, seorang demi seorang Melayu diketepikan. Osman Wok – Menteri Kebudayaan mengakhiri kerjayanya sebagai penulis cerita seram Utusan.

Pulau Pinang adalah jendela masa depan orang Melayu dalam gagasan Malaysian Malaysia. Apakah Melayu di Malaysia kelak serupa nasibnya dengan penduduk asal Afrika Selatan sebelum Nelson Mandela kembali menerajui Kerajaan?

Agenda Melayu

Kurangkan rhetoric Bina Insan dan Melayu Glokal ganti dengan Insan Kamil.

Insan Kamil serba serbi cantik lagi sempurna keimanan, ketaqwaannya, akhlak dan pencapaiannya dunia dan akhirat melalui:

1: Muhasabah diri –

(a) Siapa pun kita – peladang, penjawat awam, tokoh korporat, orang politik, kepimpinan dll. Renung dan kenali diri sendiri. Apa asal usul dan dari mana kita datang serta ke mana kembalinya kita.

Keturunan kita tidak bernilai di sisi Al Khaliq, melainkan insan yang beriman dan bertaqwa. Itupun kalau kita mengaku agama kita Islam.

(b) Sentiasa ingat harta dan segala kekayaan yang dikumpul adalah fitnah semata-mata. Tiap-tiap seorang akan ditanya Maha pencipta bagaimana semuanya diperolehi.

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. (Yassin – 65)

Sedarlah semua nikmat dunia dari Maha Pemurah tidak kekal. Cara mendapatkannya akan menentukan kebahagian atau kecelakaan hidup diakhirat.

Kepimpinan memikul tanggjawab amat berat. Pemimpin yang adil mendapat jaminan Allah termsuk di antara tujuh golongan yang mendapat naunganNya.

Justeru Rasulallah menegur Abu Dzar – seorang sahabat agar jangan meminta-minta jawatan kerana itu amanah yang amat berat. (Sahabat meminta dilantik menjadi gabenor)

Tiap-tiap muslim ada tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Hatta jiran non muslim pun boleh menuntut hak daripada kita.

(d) Jangan buang masa merekacipta formula atau mencari orang yang pergi selamanya. Susuri pesanan mereka yang diceduk dan disusun dari kitab maha agong Al-quran dan Al-hadith.

(d) Contohi Khalid ibn Walid ‘berperang/(berkhidmat) kerana Allah, bukan kerana khalifah Omar.

(e) Berkata benar atas yang haq.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762