KAUM IMMIGRANT TAK
SALAH
UMNO YANG TOLOL
Untuk memberi
komen
klik sini
Saya tidak mahu
bersikap memandang hina terhadap
orang Melayu. Ini kerana Melayu
adalah keturunan saya sendiri.
Tetapi disebabkan dasar perjuangan
kepimpinan sekarang, saya tidak
sanggup berbohong dan menyembunyikan
tanggapan sedemikian.
Bukan untuk
membangga diri, rata sudah saya
merantau di dunia ini. Walaupun
tidak berapa lama di satu-satu
tempat, saya dapati kaum immigrant
tidak menikmati layanan dan
keistimewaan seperti di negara kita.
Di Canada
misalnya, kaum immigrant perlu dan
diwajibkan di bawah undang-undang
mentaati Perlembangaan negara itu.
Satu daripada Prime Clause/Fasal
Mutlak adalah ketaatan dan
kesetiaan penuh kepada Ratu
Elizabeth. Di antara lapan (8) Fasal
mutlak adalah berkaitan kedudukan
isteri. Ini menyentuh hak seorang
muslim yang dibenarkan syarie
memiliki lebih dari seorang isteri.
Seseorang lelaki muslim boleh
membawa isteri-isterinya, tetapi
cuma seorang akan menikmati
kemudahan tertentu di bawah
peruntukan scheme jaminan social. Perkara
ini tidak boleh dicabar di Mahkamah
atas nama apa sekalipun.
Kagumnya semua
kaum immigrant termasuk China (bangsa
ini melata di serata pelusuk muka
bumi ini) akur dengan undang-undang
ini.
Di Malaysia
lain pula ceritanya. Kaum immigrant
boleh berbuat sesuka hati hatta
memperlekeh agama Islam, tanpa
sebarang batasan. Lojiknya, sikap
biadab ini tidak harus ada terutama
sekali kerana mereka tidak tahu
walau sebesar zahrahpun berkenaan
agama Islam.
Yet they go scotch
free!!.
Persoalannya
mengapa dan kenapa orang Melayu di
tanah airnya sendiri pula yang
disaran memberi laluan atas nama
muhibbah dan toleransi? Apakah ini
bukan pelik namanya. Kaum immigrant tidak
sedar diri dan tidak pernah
bersyukur dengan kemudahan pada
mereka. Bandingkan di Indonesia dan
Thailand, bagaimana hidup kaum
immigrant di sana??
Memang tepat
Mahathir menyifatkan Melayu kaum
mudah lupa!! Melayu UMNO yang
mendabik dada berjuang konon untuk
negara, agama dan bangsa lupa
tentang persetujuan (social
contract) selepas perisitwa
berdarah 13 Mei 1969 bahawa hak
keistimewaan orang Melayu, Bahasa
Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu
dan agama Islam adalah dilarang
diungkit. Itu hak mutlak orang
Melayu. Satu sifat Mahathir yang
boleh dipuji ialah kepintarannya “to
exploit a situation” untuk
kepentingan peribadinya.
Kealpaan orang
Melayu digunakan untuk menghancurkan
‘every fabric there is of ketuanan
orang Melayu’. Tiap-tiap satu
daripada empat (4) hak Melayu
dipunahkannya dengan sokongan Melayu
UMNO dengan alasan-alasan tidak
masuk akal.
Bab
penggunaan bahasa Melayu dalam
pendidikan – katanya orang
Melayu tidak maju. Mungkin dalam
lawatannya ke Eropah tahun 1985 dan
1987 Mahathir membutakan dan
menyumbat telinga hingga dia tidak
tahu bahasa apa yang digunakan di
Germany, Perancis dan Scandinavia
dan mengecapi kemajuan. Begitu juga
Jepun dan Korea yang dijadikan
kiblat dasar pandang ke timurnya!!
Bab agama
Islam. Kelak Melayu menjadi
jumud fikiran. Dia juga
memperbodohkan dan menghina nabi.
Bagi Mahathir buku terjemahan bahasa
Inggeris al quran itulah kitab suci.
Mahathir yang tidak faham Islam
tidakpun terbaca firman Allah: 2.
Sesungguhnya Kami menurunkan
Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca
Dengan bahasa Arab, supaya
kamu (menggunakan akal untuk)
memahaminya (surah Yusuf 12:2)
Bab hak
keistimewaan orang Melayu –
dia memberi alasan konon Melayu akan
selamanya lemah kerana bergantung
kepada tongkat. Se awal 1984 semasa
lawatan ke Korea Selatan selaku
Timbalan Perdana Menteri, dia sudah
berdendam terhadap biasiswa
anak-anak Melayu. Dia menyifatkan
biasiswa “the invisible expenses”
Bab
kedaulatan raja-raja Melayu
- alasannya membebankan rakyat dan
dua macam mertabat. Mahathir lupa
adanya orang Melayu adanya Raja dan
sebaliknya.
Sekiranya ada
yang lupa atau tidak tahu pada zaman
pemerintahannya paling banyak
pindaan Perlembangaan dilakukan,
termasuklah pindaan drastic
and undemocratic bersabit
jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden UMNO. Semua pindaan dan
tindakan ini dilakukan konon atas
alasan untuk “ensure survival orang
Melayu dan UMNO” Pelik dan anehnya
ahli-ahli UMNO sejagat tanpa
menggunakan fikiran waras, sejauh
sekali agama, akur sakan. Melayu
dan Melayu UMNO menjadi tolol.
Sebutkan apa
system pentadbiran Malaysia yang
tidak dikucarkacirkan Mahathir dan
UMNO. System kehakiman, Parlimen (Dewan
Negara – penuh dengan orang politik
bukan pengalaman/kepakaran yang
sepatutnya), agama dan lain-lain.
Selepas 13 Mei
1969 diperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru. Dasar
serampang dua mata ini diilhamkan
oleh pemikir-pemikir bangsa untuk:
1: Mengkoreksi
ketidakseimbangan yang ujud di
antara kaum
2: Menghapuskan
kemiskinan. Itu secara kasarnya.
Saya masih
ingat perbualan dengan Tan Sri
Ainuddin Wahid Naib Chancellor
Universiti Teknology Malaysia (UTM)
pada tahun 1985. Pada masa itu kalau
tenaga professional seperti doctor
atau jurutera kaum immigrant
berhenti en masse, ‘kita sudah boleh
berdiri sendiri’
Maksudnya
program yang diusahakan di sector
pendidikan seperti asasi sains,
matriculation dan pelbagai lagi
sebelum itu termasuk sekolah asrama
penuh sudah dapat melengkap dan
menyiapkan kelayakan anak Melayu dan
bumiputra lain untuk melangkah ke
institusi pengajian tinggi.
Tiap tahun saya
menanti-nanti keputusan peperiksaan
SRP atau SPM Kolej Melayu Kuala
Kangsar, Tunku Khursiah dan Sekolah
Tun Fatimah kerana bangga dengan
pencapaian cemerlang pelajar Melayu
dan bumiputra.
‘Through bred’
MCKK (kemasukan tingkat satu) yang
terakhir adalah tahun 1984. Selepas
itu, para pelajarnya adalah anak si
fulan dan anak ketua Bahagian Mereka
tidak menyerlah dalam pelajaran
tetapi masuk kerana hubungan politik.
Semua jahanam.
Universiti
menempuh perubahan baru, tradisi
lama diketepikan. Naib Chancellor,
dekan dan lain-lain jawatan kanan
tidak lagi dipilih/dan kerana
kelulusan dan kelayakan tetapi
dilantik atas dasar hubungan politik.
Satu contoh, anggota academic UiTM
diwajib hadir kalau ada tokoh
politik yang datang melawat.
Ketidakhadiran akan diberi surat
tunjuk-sebab.
Maka jadilah
apa yang terjadi. Quality menjadi
mangsa. Yang pantas ‘angguk’ cepat
melangkah ke atas. Justeru yang
tidak mempunyai doctorate pun
dilantik menjadi Naib
Chancellor. Logic menusuk di manakah
credibility nya?
Di sebuah
universiti, Naib Chabcellor akan
absent tiap kali
mesyuarat Senate!! UMNO membuka
trend perlantikan tanpa kelayakan.
Professor Melayu terkial-kial
berucap dalam seminar atau
persidangan antarabangsa!
DEB dari segi
semangatnya memang bermanfaat kepada
semua. Tetapi disebabkan
pelaksanaannya tidak bersandar pada
amanah dan bersendikan agama, dasar
yang sepatutnya boleh membantu orang
Melayu dan Bumiputra memakan
diri sendiri. Juak-juak UMNO
mudah menerima bantuan dan kontrak.
Melayu lain pandai-pandai cari
sendiri hendak hidup.
Seperti yang
pernah dilafazkan kepimpinan UMNO,
‘kita mesti mahu acuan sendiri’ UMNO
tidak mahu selari dengan budaya
sejagat walaupun terbukti baik.
Lantas terbit ‘Midas touch’
yang songsang. Kalau dalam cerita
dongeng Inggeris midas touch
membawa tuah, ‘sentuhan Melayu’
cetusan UMNO membawa apa (?). Apa
sahaja agensi berkepalakan Melayu
90% akan di bail-out akhirnya!!
Benar kata Prof
Diraja Ungku Aziz dalam sebuah
rancangan TV. Katanya (bersabit
kelemahan dasar kerajaan mengenai
pendidikan dan bahasa Melayu)
orang lain tidak berani sebut
perkara ini.
Apakah ada
keberanian dipihak UMNO untuk
mengembalikan status quo
dahulu? Pada hemat saya, kita usaha
bermimpi. Parti itu sudah jauh
menyimpang dan tersasar angkara
acuan cetusan Mahathir. Kini manusia
ini pula cuba menjadi jaguan
kepentingan Melayu!!
Apakah ada
orang Melayu yang mahu mengambil
iktibar dan pengajaran dari sikap
dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul
Rahman terhadap hak orang Melayu di
tanah air sendiri?
Dalam temuramah
yang disiarkan RTM, Almarhum ada
bercerita mengenai hasakan kaum
immigrant untuk menyama-taraf bahasa
mereka dengan bahasa Melayu. Quote
“Nak tembak kepala saya, tembaklah.
Tengok apa jadi!!” Beliau bingkas
dan tegas mengingatkan manifesto
yang telah dipersetujui antara UMNO,
MCA dan MIC.
UMNO (baru)
Mahathir dengan UMNO Tunku Abdul
Rahman berbeza bagai langit dengan
bumi, Begitu juga dasar perjuangan
masing-masing.
Tunku
menyingkirkan Singapura dari
Malaysia kerana tuntutan Lee Kuan
Yew berhubung ‘Malaysian
Malaysia’ dan ‘meritocracy’. Almarhum
sanggup kehilangan satu wilayah bumi
Melayu demi mempertahankan hak
Melayu yang ada. Sebaliknya UMNO
sekarang mengorbankan segalanya
Melayu kerana muhibbah dan sokongan.
UMNO menang sorak kampong
tergadai.
Minang Menung