|
DIAMBANG PEMILU KE 12
RENUNGAN DAN PERINGATAN
Setahun dua ini kita akan mengadakan pilihanraya.
Ramai meramalkan pemilihan umum kali ke 12 itu tahun
ini. Di bawah peruntukan Perlembagaan kerajaan
sekarang boleh berterusan hingga 2008. Bila
pilihanraya akan diumumkan terserah kepada kerajaan.
Sekiranya tahun ini dirasakan selesa dan boleh
memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pastinya
peluang itu akan dimanfaatkan. Besar kemungkinan
kepimpinan UMNO tidak akan mengambil risiko
mengadakannya tahun depan kerana factor Anwar
Ibrahim masih menghantui mereka. Kesimpulannya
pilihan raya ke 12 adalah tahun ini, biasanya
menjelang November.
Jadi kita sebagai pemilih dan rakyat Malaysia amnya
mempunyai lebih kurang 10 bulan untuk muhasabah diri
kita dan menetapkkan apa sebenarnya yang kita mahu
di negara kita sendiri. Orang Melayu khasnya wajib
menilai pemantapan hak ketuanan kita. Sebab inilah
matlamat kita menuntut kemerdekaan. Perlembagaan
menyebut dengan jelas-sejelasnya agama Islam, bahasa
Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan
Raja-raja adalah hak kita. Apakah semua peruntukan
yang termaktub ini terpelihara, sewajarnya
ditanyakan kepada diri kita orang Melayu sendiri.
Secara peribadi orang Melayu mempunyai sikap paling
aneh di antara umat Allah di muka bumi ini. Kalau
krisis di Asia Barat dikatakan berpunca dari sikap
orang Arab itu sendiri yang suka bertelagah sesama
sendiri walaupun majority mereka beragama Islam,
maka itulah juga masalah dengan orang Melayu. Kalau
di rantau Arab perselishan sampai ke peringkat
berbunuhan sesama sendiri secara terbuka, apa
kurangnya di Malaysia di antara Melayu dengan orang
Melayu. Cuma bezanya ‘pembunuhan’ di negara kita
belum bercorak fisikal terang-terangan dengan
keterlibatan bilangan yang ramai. Walau bagaimanapun
padah atau akibat dari perselisihan politik kita,
adalah lebih buruk, hina dan zalim. Pihak yang
berkuasa dan berpengaruh sedikit ‘menghancurkan’
bukan sekadar masa depan ‘musuh politiknya’ tetapi
seluruh keturunan ‘musuh’. In a nutshell seperti
nasib Mahsuri, habis akar umbi zuriatnya pun
dihapuskan. Anehnya dalam masa yang sama orang
Melayu melolong melalak mengaku Islam dan mencanag
diri menjadi Pengerusi Pertubuhan Islam.
Manusia Melayu itu sendiri memiliki keanehan sikap
yang sukar diselami. Rata-rata mereka melahirkan
rasa gelisah atau marah apabila diajukan dengan
masalah yang diketahui merugikan atau bahaya. Tetapi
apabila diajak bersama dalam tindakan mencegah atau
menentang, mereka mundur dengan pelbagai alasan.
Mengapa mereka takut tidak berani menyatakan
keberanian, Allah’alam.
Saya tidak mahu menyentuh perkara basic anugerah
Maha pencita kepada kita, sebab khuatir dianggap
memperbodohkan. Orang Melayu seperti hamba Allah
yang lain diberikan akal dan kekuatan fisikal untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Apapun orang Melayu (mengikut
takrif Perlembangan semuanya) ada kelebihan iaitu
Islam agamanya. Justeru dan sewajarnya kemelut
politik Melayu mudah dan cepat penyelesaiannya.
Islam itulah ‘meeting point’ yang membuka jalan
penyelesaian. Pun begitu tidaklah pula bererti kita
tidak boleh berbeza atau berselisih pendapat. Kelak
scope pemikiran kita menjadi terhad dan beku dan
dengan itu hilang keenakan mencari ‘the best of
ideas’ untuk ummah. Tetapi kalau yang terbaik masih
tidak dicapai, kembalilah kepada agama. Itu perintah
Allah swt dalam Al-qur’an dan disampaikan oleh
Junjungan besar kita Mohammad s.a.w.
‘Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya
(an Nissa’ 59)
Orang Melayu boleh menjadi ahli UMNO, PAS, Keadilan
atau apapun. Dalam masa yang sama, tiap-tiap seorang
kita mesti berpijak pada platform/landasan agama.
bahawa orang Melayu adalah saudara seagama. Selagi
ada kesedaran ini, umpama air dicincang, kita tidak
putus. Apa-apa tindakan atau berkaitan sesuatu
keputusan hendaklah mengambil kira petunjuk agama.
Justeru tiada perkara/issue berwajah masalah di
antara kita. Kitapun tidak payah tercari-cari jalan
keluar dari masalah dan membuang masa sedangkan
China dan India semakin mengukuhkan ‘their
bargaining position.’
Apakah tidak terlintas pada kita reality hidup yang
dihadapi. Semasa menuntut kemerdekaan, British (entah
bagaimana boleh menjajah kepulauan Melayu)
meletakkan syarat, China dan India yang didatangkan
ke negara kita, mesti diambil bekerjasama. Kita akur,
mungkin kerana kita mahu cepat-cepat mengusir dan
menamatkan pemjajahan.
Dalam keseronokan merdeka dan pembangunan kita lalai.
Seiring beransur lenyapnya gema ‘merdeka’ pada 31
Ogos 957 sedikit demi sedikit kita lupa diri akibat
dan padah terlalu pantas kemajuan yang berlaku.
Timbul ketidakseimbangan dari semua segi. Kedengaran
suara tak-senada dari kalangan orang Melayu.
Pucuk pimpinan yang sekian lama seronok menikmati
kuasa yang diamanahkan terperangkap dengan nafsu
serakah yang mulai menguasai diri. Orang Melayu
tiada langsung perasaan sayang dan cintakan
negaranya, agama dan bangsanya sendiri. Mereka
menganggap teguran walaupun ikhlas dan membina, satu
ancaman dan bahaya kepada kekuasaan masing-masing.
Kebetulan teguran paling kuat datang dari pandangan
agama dan agamalah menjadi sasaran dan mangsa utama
UMNO bermula seawal tahun 60-han.
Pada zaman Mahathir Mohammed diperkenal system quota
untuk calon Presiden UMNO. Siapa yang bercita-cita
mengisi jawatan tertinggi dalam parrti disyaratkan
mesti mendapat jumlah tertentu Bahagian yang
menyokong sebelum boleh menwarkan diri sebagai calon.
Ini lebih gawat akibatnya. Tanpa pedoman agama dan
patriotisme yang disebutkan lorong rasuah dalam
parti terbuka luas. Malangnya gejala yang terlarang
di sisi agama dan menyalahi ethics diterima pakai.
Puncuk kepimpinan mentakrifkan penaburan wang untuk
membeli undi bukan rasuah, tetapi ‘politik wang.’
Inilah yang ditanaan ke dalam benak ahli UMNO
terutamanya dan menjadi lumrah dalam parti yang
merupakan tunggak kerajaan Malaysia. Kerana itu ia
tidak tertakluk kepada undang-undang negara.
Semua cetusan ini membawa lebih
banyak keburukan dari kebaikan. Tetapi Melayu terima
bulat-bulat tanpa peduli memikirkannya. Tambahan
pucuk kepimpinan memberi alasan, ‘ini penting untuk
menentukan ‘survival UMNO dan orang Melayu’ ‘ Orang
Melayu’ dalam konteks ini dimaksudkan siapa –
pemimpin dan suku sakat sendiri?
Ini KARUT. Dalam kerangka cetusan itu, yang lebih
berkuasa, makin keras. Mana yang tidak sebulu atau
berkenan di hati, ‘pancong’. Maka terbentuk kelompok
‘kita sokong dia, dia hulur. Pemilihan pucuk
kepimpinan bertukar menjadi gelanggang menabur wang
meraih undi. Siapa yang paling mampu dia paling
cepat dan kuat ke atas. Matlamat perjuangan Melayu
tersasar dan hancur.
Melayu khalayak selamanya mengantuk dek habuan yang
disogokan. Nilainya tidak seberapa, nikmatnya luput
apabila melepasi khalkum. Sehelai kain pelekat
beserta angpau lima ringgit Malaysia menutup mata
mereka. Kadang-kadang menjelang pilihanraya dapatlah
bantuan sebakul anak ayam yang keberangkalian hayat
tidak lebih 20%. Padah politik rasuah dan sogokan
diamalkan UMNO pada orang Melayu seumur hidup hingga
cucu cicit - ditindas dan angguk-angguk sahaja.
Begitu mendalamnya bahaya kerosakan dan kehancuran
dek rasuah, diperingatkan Allah swt dalam kitabNya.
Kalau rasuah kerakusan nafsu, ampu dan bodek adalah
hasutan syaitan. Dengan izin this breed of
leaders/society spell doom to the Malays. Gubal
berapa banyakpun undang-undang atau pinda seribu
kali akta Perlembangan tidak akan membawa apa-apa
kesan. Kehidupan negara akan terhenti, tidak ke mana.
Arahkan pandangan ke mana sahaja pasti kehancuran
tersua. Pendidikan – sejauh mana marketability
siswazah kita? Kedaulatan undang-undang – jadi bahan
ketawa, dan Pentadbiran porak peranda!! Semua
gara-gara rasuah dan ampu.
Dengan menyusun sepuluh jari dan dengan rendah diri,
saya merayu kepada saudara sebangsa dan seagama
sadarlah cepat usah mahu terus dilenakan. Renungkan
masa depan keturunan kita di bumi Nusantara.
‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum
bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau
menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada
sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka
selain daripadanya.’
Minang Menung
|