BALIK KE MUKA UTAMA

 



En mDamha,
Meon mohamed

Sebenarnya membaca tulisan encik dan selaku encik juga dalam barisan utama Prowaris maka saya pula ingin bertanya? Ini semua angkara siapa? Siapa yang sekarang memimpin, siapa yang sekarang yang empunya kuasa dan siapa yang melaksanakan. Adakah encik berani berterus terang bahawa kerajaan yang memerintah sekarang ini bertanggung jawab dalam menyuburkan apa yang telah encik katakan.

Adakah encik berani katakan, malah berdiri atas platform Prowaris untuk bangkit mengatakan bahawa jawapan yang diberikan oleh Khairy dalam memiliki saham jutaan ringgit hasil dari pinjaman itu adalah jawapan yang hanya menunjukkan penggunaan pengaruh dan akhirnya menampakan Pak Lah berbohong dalam menyatakan keikhlasannya. Adakah encik berani secara terbuka menyatakan ketidakpuasan dalam mendengar jawapan Khairy yang seolah - olah ini semua tidak ada kena mengena dengan kedudukan dirinya sebagai menantu dan syarikat itu pula kini mendapat "favours" dari pentadbiran Pak Lah.

Kita kesian melihat nasib orang - orang Melayu yang ditipu bulat - bulat tetapi mereka yang rapat dengan pemimpin seperti kata encik tadi mempunyai harapan tersendiri dalam menyokong. Adakah encik dalam Prowaris juga seperti itu, malah adakah prowaris juga mengambil pendekatan yang sama?

Kita pernah mendengar mungkin fitnah mengenai Prowaris juga adalah mereka yang rapat dengan Khairy Jamaluddin, adakah ini benar. Kalau tidak apa pendirian Prowaris dalam jawapan dangkal yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin. Kita tidak perlu Mahathir untuk membidas, saya juga mahu membidas dengan mengatakan bahawa saya juga mahu pinjaman seperti yang diperolehi oleh Khairy.

En mdamha

Ahli - ahli Umno sendiri perlu disedarkan mengenai kepincangan ini. Ahli Umno sahaja yang mampu menukar apa yang ada sekarang ini dari apa yang kita sebut sebagai sekularisma kepada bentuk pemerintahan Islam yang bukan Hadhari ciptaan Pak Lah yang mungkin berteraskan " end justify the means" atau dalam bahawa yang saya lebih arif "matlamat menghalalkan cara". Namun kepimpinan Umno tidak mahu berubah dan bakal  - bakal kepimpinan Umno memainkan permainan yang sama. Adakah Prowaris juga begitu?

Sehingga kini setiap kali laman ini menonjolkan kehadiran Prowaris berbagai persoalan terlintas dikepala saya. Adakah laman ini bersekongkol dengan Prowaris dan sekiranya benar adakah laman ini turut kini menjadi ciptaan Khairy Jamaluddin dengan niat - niat tertentu. Sehingga kini sungguhpun nampak kebenaran teori bahawa laman ini menyokong Khairy meleset tetapi untuk organisasi yang encik sama - sama terajui yakni prowaris, soalan masih terbuka. 
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762