BALIK KE MUKA UTAMA

Reply-To: jambolseven@gmail.com
To: editor1@umno-reform.com
Date: Mon 07/10/06 09:02 AM

Pesanan: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan  salah satu diantaranya, iaitu :

1) Penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan  persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah  kiamat akan datang."
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini  terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian  (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

~ Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah etc.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ Perkampungan Hadhari...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &  perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam  tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu, pertelingkahan antara
mahathir dan dollah & the gang etc...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal itu pun kata diabaikan,  kadang dihina(Adullah Md Zin...hina dan perlekeh Mufti Perak Dato Seri  Harunsani..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh  Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik  ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"  - Riwayat Thabrani

~ george bush, Abdullah Md Zin, Md Said (Parlimen Jasin) dan banyak lagi  dalam UMNO...

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu  mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."  - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang, (tube, spaghetti strap, g-string etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung  (membesarnya) bulan sabit."  - Riwayat Thabrani

~ Dah boleh dilihat...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"  - Sahih Muslim

~ lihat Akhbar & majalah2 hari ini...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu  & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

~ Kes Anwar Ibrahim, Sukma etc...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi  padang rumput & sungai2"  - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

................................................

Apa yang diberitakan oleh hadith tersebut di atas telah membuktikan  kebenarannya.

Wallahualam...



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762