BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Kepada :

YAB Datuk Seri Mohamad Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ting 5B, Wisma Negeri,
Seremban Tarikh : 17 Januari 2006


YAB Datuk Seri ;

NOTA BANTAHAN TERBUKA - ISU CAMPUR TANGAN KELUARGA / UMNO DALAM URUSAN KERAJAAN NEGERI

Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan dengan ini membantah campur tangan keluarga / UMNO Datuk Seri dalam urusan kerajaan negeri.

Membantah campur tangan urusan keluarga dalam pentadbiran kerajaan :

Merujuk kepada :

Perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Lenggeng dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas menyentuh mengenai campur tangan ahli keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kenyataan Datuk Ishak dalam sebuah akhbar versi internet tempatan (http://www.malaysiakini.com/news/62131) yang menegaskan bahawa abang Menteri Besar (Datuk Azman Hasan) sememangnya mencampuri urusan kerajaan negeri terutamanya dalam bahagian kontrak.

Pembahagian jawatan yang dibawah bidang kuasa pengaruh Menteri Besar yang turut melantik keluarga Menteri Besar
Datuk Azman Hasan (Ahli Majlis MPN) berdasarkan carian dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Nilai

Maka Menteri Besar tidak boleh mengelakkan tanggapan rakyat mengenai campur tangan keluarganya wujud dalam urusan kerajaan negeri.

Membantah campur tangan UMNO dalam urusan kerajaan negeri.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar dalam Harian Metro 16 Januari 2007, MB telah mengakui MB gagal membezakan parti politik dan pentadbiran kerajaan kenyataan dalam Harian Metro itu mengesahkan wujud campur tangan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Antara kenyataannya (petikan laporan Harian Metro, 16 Januari) ialah ;

· Mohamad berkata, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan beberapa pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati apabila ditegur oleh Azman ketika majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan Umno negeri, baru-baru ini.

· “Apabila dia jadi pengerusi, sudah tentu dalam mesyuarat kita akan berbincang dan mengkritik. Bagaimanapun, itu bukan bermakna campur tangan dalam jabatan sebaliknya untuk memastikan semua kerja berjalan lancar. Kalau ketua jabatan tidak betul, kita perlu menegur,” katanya

Kedua dua kenyataan yang dipetik dari laporan Harian Metro ini jelas merupakan bukti gangguan UMNO dalam Kerajaan Negeri.

· Datuk Azman selaku Setiausaha UMNO tidak layak ‘menegur’ (memberi amaran / memperbetulkan) secara terus pegawai kerajaan kerana Setiausaha UMNO bukan termasuk dalam hieraki Kerajaan Negeri.

· MB mengakui perlibatan instrument kerajaan (pegawai kerajaan dan kemudahan kerajaan) dalam mengadakan Majlis UMNO. Pegawai yang ‘ditegur’ oleh Datuk Azman ialah Pegawai Kerajaan yang diarahkan terlibat menjayakan program UMNO.

· “Dia jadi Pengerusi” merujuk kepada Datuk Azman. Bagaimana seorang setiausaha Umno boleh terlibat dalam pentadbiran kerajaan rujuk kepada “mengkritik, membetulkan ketua jabatan dan menegur” ?

Membantah penggunaan RM 4.5 juta pembaziran wang untuk ubahsuai bahagian dapur rumah Menteri Besar.

Merujuk kepada pendedahan dalam laporan Audit Negara 2005 yang dibentangkan di Parlimen jelas menyatakan

· Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalahgunakan wang dana khas yang seharusnya di salurkan kepada rakyat miskin. Antara pembaziran yang dimaksudkan ialah :
o Penggunaan RM 4.5 juta untuk mengubah suai kediaman MB
o Pembelian perabut bernilai RM 5 juta lebih

( untuk kepastian angka dan fakta sila rujuk laporan Audit yang dibentangkan di parlimen yang juga telah dijadikan dokumen umum)

Respon dari pendedahan tersebut MB hanya menyatakan tiada salah guna kuasa dan tiada pembelajaan tidak mengikut prosedur berlaku. MB menegaskan semua pembelajaan telah mengikut prosedur yang betul. Malangnya MB tidak menafikan lagi secara terbuka bahawa projek pengubah suaian kediaman beliau menelan belanja RM 4.5 juta dan pembelian perabut (kerajaan negeri) bernilai lebih dari RM 5 juta.

Ketika mula menjadi MB, Mohamad Hassan enggan duduk di kediaman rasmi MB yang selama ini di duduki oleh Datuk Seri Utama Tan Sri Hj Mohamad Isa Dato Hj Samad ketika menjadi Menteri Besar dulu. Sebaliknya menggunakan alasan untuk menjimatkan wang rakyat dari digunakan untuk mengubah suai kediaman rasmi MB yang lama maka beliau menukar Rumah Tetamu Negeri (yang baru saja siap ketika itu) sebagai kediaman MB. Malangnya hanya beberapa tahun kediaman baru itu telah diubah suai (di bahagian dapur ) dengan belanja RM 4.5 juta. Ini satu pembaziran lebih – lebih lagi dalam keadaan rakyat hidup dalam kesempitan.

Nota bantahan yang turut di dokong oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ini perlu di beri perhatian serius oleh MB. Segala apa yang dinyatakan menuntut penjelasan terbuka dan segera MB juga paling penting perlu dihentikan dan diperbetulkan segera.



Sekian.

Nota bantahan mewakili rakyat
di sediakan oleh :

ANGKATAN MUDA keADILan NEGERI SEMBILAN


· Badrul Hisham Shaharin (cheGuBard)
Pengarah Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan
· Ariffin @ Rebin Berham
Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan
· Amiruddin Abd Wahab
Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan

Nota bantahan mewakili rakyat
turut di sokong oleh :

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
Hj Taufek , Timbalan Ketua DPPNS

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762