|
Tun Dr Mahathir pernah dulu mengingatkan kita bahawa perlunya
membaca,mempelajari dan meneladani sejarah bangsa masa
lampau.Ini kerana terdapat moral dan keputusan yang baik
sekiranya perkara tersebut dapat difikirkan dan difahami
sedalam-dalamnya yang kesanya dapat di lihat kepada corak
pemikiran generasi akan datang.
Pada masa sekarang,sejarah hanya dikupas di pusat-pusat
pengajian tinggi ataupun tidak kurang beberapa sekolah-sekolah
yang wujud di Malaysia ini.Namun bagaimana pula dengan
rakyat-rakyat Malaysia yang tidak berpeluang melanjutkan
pelajaran mahupun yang telah tercicir terlalu awal dalam era
persekolahan dalam memahami sejarah untuk kebaikan bangsa
melayu itu sendiri.
Jangan kita mendabik dada terhadap isu sejarah kerana sejarah
telah mengajar dan menunjukkan kita kesan mengabaikan
nilai sejarah dalam membangunkan nilai bangsa.Terlalu banyak
contoh yang boleh kita senaraikan kerana memang sejarah
melayu
Tidak lari daripada kesilapan bangsa melayu itu sendiri.
Hanya setelah menikmati sedikit kemajuan melayu moden kembali
melupai sejarah mereka.Tidak terpikir kita bahawa bangsa
Cina yang yang terdapat di Malaysia amat mengingati sejarah
bangsa mereka dan kerana itu juga mereka ini berusaha
memperjuangkan bahasa,budaya dan pendidikan mereka sejak dari
dulu lagi sehingga tanpa disedari mereka kini menguasai
ekonomi Malaysia.Begitu juga bangsa India yang bangkit dari
jenama ‘estet’ kepada jenama yang lebih bermutu dan
berjaya memperoleh gaji yang jauh dari dulu serta berjaya
menaikan taraf pendidikan mereka.
Mengapa mereka ini yang amat mengingati sejarah bangsa mereka
tetapi tidak bangsa melayu itu sendiri. Walhal mereka itu
hanya pendatang asing yang dihalalkan penjajah negara dan
golongan-golongan raja dahulu kala yang hanya tahu mengaut
keuntungan tanpa mengerti kesan yang akan diterima oleh generasi
seterusnya.Dan kini bangsa melayu moden pula mengambil
alih corak pemikiran melayu kuno dengan bersenang-senang
walaupun sekarang bukan lagi waktunya.
Jika disorot kembali sejarah,bermula dengan kejatuhan kerajaan
Melaka pada tahun 1511, Sebab-sebab kejatuhan bangsa Melayu
tetap sama tidak berubah atau mungkin tidak akan berubah sampai
bila-bila jika bangsa melayu itu sendiri tidak sedar
tentang keperluan mereka untuk berubah menjadi bangsa yang
menepati ciri-ciri bangsa-bangsa yang berjaya.Akibat
daripada tindakan raja-raja Melayu yang mementing diri dan
terlupa bahawa kuasa yang ada adalah ‘amanah’ bangsa
melayu yang ada tidak ubah seperti ‘itik mati kehausan di tepi
air,ayam mati kelaparan di tepi kepuk’.
Namun begitu,masih ada peristiwa penting yang mungkin boleh
dijadikan tonik oleh bangsa melayu jika mereka ini mahu
bangkit kerana sejarah membuktikan Melayu juga bangsa yang
berjaya. Bagaimana seketika dahulu ketika Dato Onn Jaafar
bangun memimpin bangsa melayu bersatu menerusi 41 buah Persatuan
Melayu menentang raja yang lupa dunia hasil hasutan dan
tawaran penjajah mahu menyerahkan harta melayu kepada
Inggeris.Bangsa melayu yang ketika itu bagai terdesak telah
membuang segala keraguan mereka terhadap sesama manusia dengan
bersatu menentang musuh dalam selimut dan juga musuh
hakiki’ penjajah’ supaya bangsa kita dapat keluar daripada
penyeksaan dijajah dan hidup melarat di bumi kita
sendiri.Hasil penyatuan yang amat bermakna itu maka terbubarlah
Malayan Union dan ketika itu juga bangsa melayu sedar
bahawa musuh yang dianggap mustahil ditewaskan telah
dipijak-pijak kerana adanya penyatuan sesama bangsa.
Harus di ingat,sejarah akan berulang jika kita tidak mempelajari
dan meneladani moral sesuatu peristiwa itu.Jika
diperhatikan sekarang bangsa Melayu sudah mula menunjukkan
tanda-tanda era kejatuhan.Melalui sejarah,dapat dilihat
dengan jelas pemerintahan melayu berjaya dihapuskan akibat sikap
orang yang berkuasa dan kroni-kroni mereka yang berkuasa
seperti cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang hanya kerana dek
fitnah sanggup membelah perut isteri pahlawanya,Laksamana
Bentan dengan alasan memakan seulas nangka tanaman
Sultan.Sikap-sikap seperti inilah yang menjatuhkan nilai
bangsa melayu itu sendiri,perpecahan dikalangan orang Melayu
yang korupsi,hasad dengki,terlalu tamak dan haloba,kurang
pendidikan dan mahu cepat kaya untuk terus hidup dalam keadaan
selesa menyebabkan ia digunakan sebagai senjata untuk
menamatkan riwayat bangsa melayu di Malaysia mahupun di
Singapura.
Perkara ini sebenarnya jelas berlaku dalam masyarakat melayu
moden sekarang kerana beberapa parti-parti politik sesama
bangsa saling fitnah menfitnah dan cuba untuk menjatuhkan antara
satu sama lain tanpa sedar bahawa lawan mereka adalah
bangsa kita sendiri.Bahkan kini semangat berpuak-puak mula wujud
dalam parti yang kononya merupakan Pertubuhan Melayu
terbesar dan terkuat di Malaysia dalam mengagihkan keistimewaan
yang sepatutnya dinikmati oleh semua orang melayu dan
bukan sahaja untuk mereka yang berkuasa dan kroni-kroni pengampu
mereka ini.
Mengapa ketika melayu bersatu menentang Malayan Union,semua para
pemimpin berjaya mengepikan ego,semangat
kenegerian,kedaerahan,puak,idealogi dan fahaman masing-masing
dan sama-sama meletakan masa depan bangsa melayu sebagai
asas perjuangan mereka dalam erti kata lain bersatu hati
menundukkan penjajah dan mengalahkan raja dan sultan kerana
rakyat itu itulah raja yang sebenarnya.Hanya kita sahaja yang
berhak menentukan hala tuju bangsa kita dan bukanya
orang-orang yang hanya tahu mengaut keuntungan dengan meneguk
darah bangsa mereka sendiri.
Sudah tiba masanya bangsa Melayu mencari jalan penyelesaian yang
konkrit supaya kata-kata Hang Tuah akan terus menjadi
kenyataan sehingga kurun berapa pun dunia ini berfungsi.Setiap
bangsa mempunyai anutan agama mereka sendiri,begitu juga
Melayu yang mempunyai anutan agama islam.Jika kita benar-benar
berazam menjadikan Melayu satu bangsa yang berjaya
kembalilah kepada ajaran islam kerana dengan islam kita dapat
bersatu dan menjadi satu,Tuhan kita juga satu.Jadi untuk
apa perlu kita berperang sesama sendiri padahal kita menganuti
agama yang sama.Marilah kita sama bersatu diri dengan
Tuhan,menjadi orang yang bertaqwa,jujur,ikhlas dan berusaha
bersama-sama menaikkan kembali martabat bangsa Melayu ke
tahap yang sepatutnya.Jangan kita biarkan nasib Melayu Malaysia
menjadi seperti nasib melayu-melayu di selatan Thai atau
di Filiphina.
Kehidupan selesa yang kita nikmati sekarang sebenarnya boleh
hilang bila-bila masa sahaja jika melayu-melyu terus lupa
tentang sejarah.Terdapat banyak perkara yang boleh ditelandani
dan diambil perhatian dalam sejarah lampau dan kerana itu
juga bangsa-bangsa lain berusaha memartabatkan bangsa mereka
kerana mereka itu amat memahami sejarah.Sejarah jugalah
yang membuatkan Lee Kuan Yew ahkirnya berjaya ‘mencinakan’
Singapura sehingga melayu-melayu di pulau tersebut pun
tidak diri meletakan diri mereka terasing dari rumpun melayu
yang ada.Walaupun mereka sebenarnya telah menjadi kuli
dibumi sendiri,cukup jelik bukan?
Sejarah ialah warisan zaman berzaman sesuatu bangsa.Dengan
sejarahlah Melayu tersedar dan menjadi faktor utama
penyatuan indentiti bangsa itu hingga kini.Tetapi sejarah
jugalah yang menunjukkan tentang kesilapan-kesilapan besar
yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa yang tidak ‘amanah’,’tidak
jujur’,’tidak ikhlas’,’tidak ada tanggungjawab’dan
‘mementingkan diri sendiri’ kepada rakyat pimpinan sehingga
meletakan hala tuju bangsa melayu kini semakin tersasar
dari agenda utamanya.Bangsa Melayu tuan punya tanah
melayu,jangan nanti melayu hidup melarat dibumi yang
bertuah ini!
Airaputera
|