BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Melayu mana yang dapat peluang?

Kita telah memberi peluang kepada Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengambil opurtuniti tersebut   Mahathir Mohamed Off The Edge Feb 2007

Tuan editor,

Saya telah menbaca Off The Edge seperti yang disarankan oleh umno-reform. Saya amat tertarik dengan kenyataan Tun Dr Mahathir berkenaan dengan peluang yang diberikan oleh konon-konon kerajaan kepada Melayu tetapi tidak diambil sepenuhi oleh orang - oorang Melayu. Bagi pendapat saya Dr Mahathir masih dalam imaginasi bahawa orang Melayu gagal dengan sikap malas dan pelupanya. Kalau dituduh bahawa orang Melayu telah diberi peluang oleh kerajaan tetapi gagal untuk memanafaatkan maka saya berani mengatakan bahawa Tun Mahathir juga telah diberi peluang untuk memerintah selama 22 tahun tetapi gagal melaksanakan amanahnya.

Saya percaya Tun Mahathir adalah antara orang yang patut disalahkan kerana pemerintahannya selama 22 tahun hanya berjaya meng-korup-kan budaya orang - orang Melayu dan juga sistem pemerintahan negara ini. Yang lebih dahsyat lagi Mahathir punca UMNO menuju kehancuran kalau tidak pun sudah hancur.

UMNO dibawah pemerintahan Mahathir bukan lagi lupa menjalankan amanah yang telah diberikan oleh orang - orang Melayu malah telah membawa UMNO ke arah kekalutan dan kerosakkan.  UMNO bukan lagi seperti dahulu. Setelah  UMNO diharamkan pada 1988 , maka Tun Mahathir telah memacu UMNO tanpa nilai-nilai perjuangan. UMNO telah menjadi satu parti materialistik dan mereka yang menyertai UMNO hanya ada satu niat - jalan pintas untuk kaya. Berlumba-lumba orang - orang khusus tokoh kapitalis menyertai UMNO. Parti yang suatu masa dahulu memperjuangkan Agenda Melayu terhapus dan ianya hanya menjadi landasan untuk segelintir orang - orang Melayu untuk mencari kekayaan dengan apa juga cara.

Mana sebenar hasrat untuk melihat Melayu kaya? Siapa yang diberi kemudahan dan apa rancangan yang dilakukan oleh Mahathir untuk menjayakan program - program untuk meningkatka lagi ekonomi orang - orang Melayu. Tun Mahathir hanya mahu statistik Melayu nampak cantik dengan menaikkan beberapa kerat Melayu yang mempunyai perhubungan kronis yang hari ini tumbang satu - satu. Ini bukan membantu Melayu.

Bagi saya kalau kita kaji polisi - polisi dan tindakan Mahathir khususnya dalam menerajui UMNO kita akan nampak corak dan cara beliau hanya untuk mempertahankan kuasa beliau sahaja. Ini jelas dengan tindakan - tindakan menghalang pertandingan, perlaksanaan kuota dan tindakan yang hanya dibuat untuk mengekalkan kuasa.

Hari ini UMNO terbentuk hasil dari beliau dan bukan UMNO Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. UMNO yang ada adalah UMNO baru, yang dibentuk oleh Mahathir dengan nilai - nilai Mahathirisme. Ini adalah UMNO yang ada. UMNO yang memunggut hasil orang dengan dokongan kapitalisma dengan kehadiran beliau dan Tun Daim Zainuddin. UMNO membentuk budaya  kronisma yang dahsyat sehingga UMNO kini tepu dan membentuk sistem tanpa nilai - nilai perjuangan.

Mahathir hanya tahu mencipta kejayaan , kemodenan dan pembangunan palsu dan meninggal legenda yang dibentuknya sendiri sewaktu memerintah tetapi kini semakin susut dengan pendedahan pentadbiran yang nyata gagal.

Hampir 22 tahun, Mahathir membentuk UMNO yang kini bercambah menjadi parti berkiblatkan wang - biar cara mana pun tetapi paling utama adalah rasuah. Mahathir membentuk parti yang akan memberi kuasa mutlak kepada Presiden dan Perdama Menteri untuk terus berkuasa.Mahathir merompak kuasa ditangan rakyat dengan membentuk budaya takut dikalangan kita.

Siapa yang berani menegur beliau dalam dunia digemparkan dengan kerugian demi kerugian , perbuatan rasuah,nepostisme dan kronisme. Ini adalah hasil dari Mahathir dan hari ini ada antara kita yang sedar kepincangan perbuatan Mahathir mahu bangkit menentang Pak Lah. Mereka ini tidak hadir berdepan dengan Mahathir sewaktu isu - isu pendedahan rasuah, isu - isu AP yang bermaharaja lela, dengan tindakan konsesi TOL dan juga skandal Independant Power Producer. Ini belum lagi menceritakan kerugian perniagaan timah dianggarkan 209 juta ringgit, krisis mata wang yang merugikan wang rakyat sebanyak hamir 4 billion serta tindakan menyelamatkan kronis sewaktu era kegawatan ekonomi.

Hari ini kita lihat ramai yang timbul, antaranya adalah orang - orang UMNO yang rata - rata dahulu menutupkan sebelah atau kedua - dua mata terhadap kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, perbuatan menakutkan rakyat, menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sekelompok orang - orang Melayu kini bangkit menceritakan penindasan , soal demokrasi, soal kebebasan media di bawah Pak Lah. Mereka bangkit menentang Pak Lah kerana polisi membebankan rakyat, tiada ketelusan , rasuah dan salah guna kuasa. Ironisnya Mahathir juga bangkit menentang sedangkan beliau punca UMNO Baru jadi begini , penuh dengan ahli yang hanya mahu sesuatu - wang dan kekayaan biar siapa pun tertindas. Penyerang Pak Lah bangkit mendadit dada, mempersoalkan kepincangan perlakuan Pak Lah. Ini sekarang wujud hanya kerana satu sebab - mereka tidak menjadi kronis Pak Lah, mereka susah berniaga dan kini mereka tersepit dalam kekuatan ekonomi palsu sahaja.

Bagi saya biarlah pembangkang yang konsisten menghentam UMNO dari mereka yang hadir dari sistem yang korup kini tidak berpeluang melakukan korupsi untuk memenuhi kantong masing - masing. Lebih buruk lagi, Bapa didaktor Malaysia, Bapa Korupsi Malaysia dan Bapa segala kemusnahan UMNO kini bercerita mengenai intergriti - anti korupsi dan kesalahan polisi pemerintahan Pak Lah..

Mahathir  adalah pemusnahnya, UMNO kini hanya tinggal sisa - sisa perjuangan bangsa  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762