|
" Melayu dalam
Bahaya" merupakan antara topik yang telah
mencetuskan banyak kontroversi sehingga ada yang
membuat laporan polis terhadap saya pada tahun
2005*. Sungguhpun begitu ini bukan penghalang bagi
meneruskan penulisan - penulisan mengenai isu - isu
Melayu khususnya dalam konteks "
Melayu Dalam Bahaya".
Bagaimanapun penulisan
" Melayu Dalam Bahaya "
kali ini amat berbeza dari tulisan - tulisan sebelum
ini sungguhpun keadaan pada ketika ini
bertambah kritikal. " Melayu
dalam Bahaya " kali ini merujuk kepada
keadaan pergolakan politik UMNO yang semakin
mendesak. Mereka, pemegang kuasa orang - orang
Melayu berhadapan dengan satu lagi cabaran khususnya
terhadap perpaduan orang - orang Melayu.
Memandangkan UMNO adalah kuasa dominan dalam
kerajaan memerintah maka perpecahan perpaduan dalam
UMNO pasti akan merugikan orang - orang Melayu lebih
- lebih lagi pergeseran itu melibatkan pergeseran
persoalan - persoalan yang tidak menguntungkan
Melayu. Pergeseran itu hanya menunjukkan siapa yang
lebih menyalahgunakan kuasa, siapa yang
lebih korup dan siapa yang lebih mengkhianati
Melayu itu sendiri. Ini meletakan UMNO dalam
keadaan yang amat kritikal dan limpahan perbalahan
ini akan menular sehingga mampu menyulitkan Melayu
untuk membangun dan menjadi satu bangsa yang utuh
dan berwibawa.
Perbalahan dalam UMNO gagal diertikan
sebagai satu faktor yang bakal melukakan Melayu itu
sendiri tetapi telah diambil sebagai satu bentuk
persengketaan yang akan memberi ruang - ruang
kesempatan bagi mereka yang berkepentingan. Ini
seakan menolak kepentingan Melayu itu dari
"priority" utama perjuangan kepada tahap yang rendah
dan seterusnya akan menyungguhkan makna kedudukan
Melayu Dalam Bahaya yang sudah mencapai tahap
yang agak kritikal.
Situasi ini amat membimbangkan kerana
keghairahan politik mampu melalaikan usaha - usaha
dan cita - cita untuk meningkatkan Melayu itu
menjadi satu bangsa berwibawa. Kita harus khuatir
sekiranya "priority" perjuangan kepimpinan terganggu
dan ini akan meletakan Melayu itu kepada satu
kedudukan seperti bayang - bayang yang terpaksa
berbaut kepada yang lain untuk terus wujud tanpa
jelas. Gambaran kedudukan ini seharusnya
dibimbangi dan bukan menjadinya satu harapan bagi
opurtunis untuk mengintai ruang sekiranya berlaku
pergolakan perubahan kepimpinan. Jangan ini
dijadikan harapan oleh kita khususnya dalam UMNO.
Melayu pasti akan menerima akibat
dari perbalahan sesama sendiri kerana perselisihan
ini akan menular, memecahkan dan melemahkan Melayu
itu sendiri. Krisis yang ada dalam UMNO seharusnya
mengerunkan kita dan langkah untuk terus berjuang
bagi menipu kebenaran akan merugikan bangsa sendiri.
Kita perlu tekankan bahawa senario yang hadir kini
adalah satu krisis besar - perbalahan antara yang
pernah berkuasa dengan yang sedang berkuasa. Ini
tidak akan menguntungkan Melayu malah mampu merobek
bangsa sekiranya kita leka, khusyuk dan tidak
bertindak membetulkan keadaan dengan menggunakan
kuasa sebenar yang berada ditangan kita sebagai ahli
UMNO. Sekali lagi ditekankan bahawa ini adalah
pergeseran antara siapa yang lebih
menyalahgunakan kuasa, siapa yang lebih korup
dan siapa yang lebih mengkhianati Melayu itu
sendiri dan kita sebagai ahli harus
melihat perbalahan ini dari perpektif berbeza.
Kita harus dapat melihat kebenaran.
Kita harus dapat melihat kepimpinan yang ada. Arah
mana mahu mereka bawa dan adakah mereka hanya
mementingkan kedududkan diri dari amanah yang
sebenarnya terpaksa mereka pikul. Kita harus lihat
pergeseran ini sebagai satu keadaan untuk kita
menilai kepimpinan yang ada sekarang ini. Ini
penting untuk kita membuat keputusan yang sepatutnya
memberi pengajaran kepada kepimpinan lain yang mahu
melantik diri bukan atas alasan memperjuangkan
agama, bangsa dan negara tetapi kerana kuasa bakal
menghasilkan pendapatan lumayan buat diri mereka.
Melihat apa yang ada, pembongkaran
kedua - dua pihak mengenai kelemahan dan kesalahan -
kesalahan berlaku sepatutnya menyedarkan kita bahawa
kita harus bertindak bijak dalam menilai seseorang
yang mahu dilantik menjadi pemimpin. Kesalahan kita
melantik , memberi mandat adalah punca kemelut ini.
Kita harus menyoal semada kepimpinan yang mahu
dilantik sudah terujikah , kentalkah semangat juang
mereka untuk menjayakan agenda Melayu atau mereka
terpaksa menggadaikan kuasa untuk terus menjadi
pemimpin wayang kulit yang dicatur dari belakang
pentas.
Pelayar yang dihormati,
MELAYU DALAM BAHAYA adalah sebenarnya
satu program oleh sebuah organisasi Sekretariat
Melayu Muda yang terbantut. Pada waktu itu kedudukan
Melayu dalam Bahaya lebih tertumpu kepada perpecahan
sokongan UMNO akibat insiden pemecatan Anwar Ibrahim.
Hari ini masalah perpecahan Melayu dalam UMNO akibat
insiden Anwar Ibrahim masih belum dipulihkan dan
kini kita berhadap dengan kehadiran satu lagi
perpecahan dalaman dalam UMNO. Perlu kita tegaskan
bahawa setiap kali UMNO berpecah yang rugi adalah
bangsa kita sendiri. Ini adalah sesuatu yang perlu
dilihat dengan serius oleh ahli - ahli UMNO yang
memegang sumpah janji "Hidup Melayu"
untuk komen
klik sini
|