|
Demontrasi Membantah Kezaliman dan
Keganasan Israel Diteruskan
Kuala Lumpur, 21 Julai 2006-Lebih 1000 orang umat Islam telah
berhimpun diperkarangan Masjid Jamek Kg. Baru bagi menyatakan
bantahan dan kutukkan terhadap kebiadapan Israel yang kini
semakin rakus dalam menyerang dan membunuh umat Islam di
Palestine serta di Lubnan.
Perhimpunan aman ini telah di Ketuai oleh YB. Salahuddin Ayub,
Ketua Pemuda PAS Pusat bersama AJK-AJK PAS Pusat seperti Dr.
Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad. Turut kelihatan,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. ahmad Sabki Yusuf
bersama pimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Perhimpunan ini berjalan lancar dengan di pengerusikan oleh Sdr.
Kamaruzzaman Mohamad, Pemangku Ketua DPPWP.
Dalam Ucapan para pemidato pada petang ini rata-rata menyatakan
kutukan kepada Israel dan meraih simpati rakyat Malaysia agar
terus memberikan sokong kepada perjuangan Umat Palestine. Khatib
Masjid Jamek dalam khutbahnya pada hari ini, juga turut
sependapat dengan para pemidato dengan menegaskan bahawa, adalah
menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam diseluruh dunia untuk
menghulurkan bantuan dana dan terus berdoa pada Allah bagi
keselamatan Umat Islam di Palestine, Lubnan dan seluruh negara.
Dalam pada itu, Dr. Syed Azman dalam ucapannya turut mengajak
seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bagi menolak kehadiran
Setiusaha Negara Amerika Dr. Condoleezza Rice ke Malaysia pada
27-28 Julai depan. Kehadiran beliau bagi melobi Malaysia untuk
menyokong kempen-kempen keganasan Amerika-Israel dan juga
berkaitan dengan rundingan FTA Malaysia-Amerika, wajib mendapat
tentangan seluruh rakyat kerana beliau dan Amerika
bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Israel
pada seluruh Umat Islam.
Selain itu, Kerajaan Malaysia juga digesa agar menarik diri
dalam rundingan FTA Malaysia-Amerika yang ternyata menjadi ruang
kepada Amerika untuk meminta pelbagai perkara yang bakal
menghancurkan umat Islam dinegara ini. Antara permintaan Amerika
adalah pengecualian kolej-kolej atau Intitusi Pendidikan Tinggi
Amerika di Malaysia dari mengajar subjek yang dikategorikan
sebagai "Negative Category'" iaitu matapelajaran Islam.
Selain itu, Amerika juga meminta agar Malaysia memansuhkan
penguatkuasaan logo halal, khususnya bagi barangan Import dari
Amerika. DPPWP juga mendapat maklumat bahawa Kerajaan Malaysia
melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih
lagi mengeluarkan AP bagi pengimportan barangan elektronik dari
negara haram Israel. Yang terbaru adalah permohonan dari
syarikat elektronik gergasi, IBM- yang beroperasi dalam negara,
yang memohon bagi mendapatkan material import dari Israel.
Justeru itu, DPPWP bersama dengan seluruh umat Islam akan
meneruskan bantahan dan juga berdoa agar Allah menurunkan bala
kepada Israel dan juga tangan-tangan busuk yang menyokong mereka
Disamping itu DPPWP, juga telah mengedarkan Risalah Kempen
Kesedaran Terhadap Bahaya Murtad diperkarangan Masjid Jamek Kg.
Baru kepada orang ramai sebelum solat Jumaat. Diharapkan agan
Umat Islam seluruh negara dapat mengadakan solat Hajat dan juga
kempen bagi menyedarkan Umat Islam lainnya terhadap bahaya
Murtad dan juga kejahatan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam
pada hari ini.
DPPWP juga menyeru kepada semua umat Islam agar menyertai
himpunan 1 Juta umat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan
Duta pada jam 9 pagi, 23 Julai 2006 (Ahad).
Tiada alasan bagi kita untuk membiarkan akidah yang kita
pasakkan dalam roh kita ini dipelakukan seperti bahan mainan.
Kita tidak tega membiarkan pendakwah-pendakwah yang memusuhi
Islam merosakkan akidah umat Islam. Kita harus bangkit dan
berjuang bagi mempastikan cita-cita mereka untuk merosakkan
akidah umat Islam tidak kesampaian. Kita pohon semoga Allah
memberikan hidayah pada Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim
lainnya yang terlibat dalam kes Lina Joy ini dan seterusnya
menolak permohonan wanita yang telah dirosakkan oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab.
Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Herman Samsudeeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
|