BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

KENYATAAN MEDIA

4 MAC 2007

 

KEMATIAN PLKN : KENYATAAN MENTERI GAMBARKAN SIKAP SOMBONG DAN TIDAK PEDULI.

Kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek jelas menggambarkan sikap sombongm tidak peduli dan tidak berperi kemanusiaan.

Bernama melaporkan Dr Chua Soi Lek berkata laporan mengenai kematian beberapa orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terlalu diperbesar-besarkan, sedangkan bilangan kematian dalam program itu adalah kecil berbanding dengan keadaan kematian biasa.

Menurut laporan Bernama Chua berkata dalam keadaan biasa, kadar mortaliti seseorang dalam usia 17 dan 18 tahun di negara ini ialah satu dalam setiap 1,000 orang.

Pusat Aduan Rakyat (AMK) N.Sembilan dengan ini mengecam kenyataan Chua dan meminta beliau meminta maaf kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Kenyataan beliau amat tidak menghormati keluarga mangsa dan meletakkan seolah nyawa mereka yang menjadi mangsa program tidak teratur kerajaan itu (PLKN) tidak berharga.

Adakah menjadi perkara biasa jika kematian terdapat kematian walaupun dengan apa jua nisbah ? Ia umpama cabutan "bertuah' setiap seribu pelatih anak siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya ?

Terbaru, Prema Elenchelian, 18, adalah pelatih terbaru yang dilaporkan mati semasa menjalani latihan di Pasir Putih, Kelantan Rabu lalu.

Beliau ditemui mati selepas terjatuh dalam bilik mandi kem Kisana Beach Resort.

Kematian Prema menjadikan sejumlah 12 pelatih mati sejak program itu dimulakan pada 2004.

Pusat Aduan Rakyat (AMK) N.Sembilan baru – baru ini telah mengadakan lawatan simpati terhadap keluarga mangsa yang kematian anaknya semasa mengikuti latihan PLKN. Sehingga kini keluarga Ili Ameera masih gagal mendapat penjelasan bagaimana anak kesayangan mereka boleh meninggal dunia. Adakah Chua menganggap ia merupakan perkara biasa jika anak yang di tatang bagai minyak yang penuh selama 18 tahun seperti Ili Ameera akhirnya di hantar sebagai mayat hanya setelah 18 hari dipaksa menyertai PLKN ?

Jelas kenyataan menteri ini menunjukkan sikap sebenar tidak peduli kerajaan dan hanya memikirkan keuntungan yang diperolehi lantaran kontrak yang diagihkan melalui penganjuran PLKN.

Pusat Aduan Rakyat (AMK) N.Sembilan sekali lagi menegaskan gantung Program Khidmat Negara segera yang sememangnya mempunyai terlalu banyak kelemahan dan banyak yang perlu diperbaiki.

NorAzizi Abd Aziz,

Ko ordinator
Pusat Aduan Rakyat (AMK) Negeri Sembilan



che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762