BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mdamha@yahoo.com

From_Name: mansal damha

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum Sdr Anuar,

w'salam dari Anuar Mohd Nor

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah  mengundang saya menyertai Majlis Dialog Bersama YAB Tun Dr Mahathir pada  24hb Jun lalu.

Nampaknya, apa yang selama ini saya khuatiri akan berlaku, kalau tidak  betul-betul, akan berlaku juga.

Iaitu, "pertembungan" diantara Melayu sesama Melayu dalam UMNO akan  berlaku dan Melayu mungkin akan berpecah (walaupun ini bukanlah  merupakan suatu perkara baru - UMNO telah berbecah dan melahirkan PAS,  kemudian Semangat 46, diikuti dengan Parti Keadilan, dan sebelumnya  Allahyarham Dato Onn, pemimpin ulung UMNO, telah membuka Parti Negara  dan IMPnya).

Tetapi, apa yang amat membimbangkan saya tentang "keretakan" dalam UMNO,  ialah kemungkinan berlakunya pertentangan "habis-habisan" diantara Pak  Lah (walaupun angkara sebenarnya bukanlah berpunca daripada beliau  sendiri, tetapi nampaknya mungkin disebabkan daripada keangganan beliau  "memisahkan diri" daripada angkara menantunya yang dikatakan "lebih  berkuasa" daripadanya).

Apa yang dianggapkan ini benar atau tidak, wallahu'alam.

"Keretakan" UMNO sekarang nampaknya adalah lebih hebat dan serious  daripada apa yang pernah berlaku dulu. Kerana ia akan betul-betul  menjadikan Melayu berpecah dua, dan berkemungkinan berakhirnya hayat  UMNO yang selama ini telah menjadi tunggak dan payong pelindung kepada  orangorang Melayu/Bumiputra dan Islam negara ini.

Hebatnya perselisihan ini adalah disebabkan kemungkinan akan berlakunya  "pertempuran" sengit diantara dua gergasi pemimpin, yang masing-msing  mempunyai kekuatan dan pengikut yang setia.

Bagaimanapun, apa yang benar-benar amat mencemas dan membimbangkan saya  sebagai seorang Melayu dan Islam, ialah bahawa musuh-musuh Islam akan  akhirnya berjaya juga untuk memecah-belahkan kita; berjaya juga mereka  mengadu-dumbakan kita dengan berkesan (sekiranya pertembungan antara  puak Pak Lah dan Tun Mahathir benar-benar berlaku).

Mengapalah kedua-dua "gergasi" ini tidak mahu berjumpa dan cuba  meleraikan sengketa mereka dengan di"adili" oleh seorang yang "neutral"  sepertimana yang dicadangkan oleh ProWaris itu dilakukan?

Kalau kita boleh menyeru orang lain, negara-negara dunia berbuat  demikian, mengapakah kita sendiri tidak melakukannya?

Ketepikanlah "duri dalam dagaing" sekiranya itulah yang menjadi masalah  utama persengkataan kedua-dua mereka ini.

Sentimen dan ego tidak boleh diterima dalam menyelesaikan persoalan  negara, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kedaulatan dan  maruahnya, sepertimana yang dikatakan oleh Tun dan menjadi sangkaan  orang ramai.

Sama ada sangkaan ini benar atau tidak, juga wallahu'alam.

Pada hemat saya, biar apapun yang akan berlaku, janganlah hendaknya UMNO  dijadikan "mangsa" dan "dikuburkan".

Di bawah UMNOlah Melayu mesti bernaung. Ia adalah sebuah Parti keramat.  Mati UMNO, matilah Melayu, dan hancurlah negara (Nauzubillah minzalik).

Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita semua, dan janganlah hendaknya  kita rakyat jelata Melayu yang penuh harapan kepada UMNO tersepit bila  gajah sama gajah berjuang.

Pemimpin pergi, pemimimpin datang. Tetapi UMNO mestilah dikekal dan  dipertahankan kewujudannya.

Janganlah dibiarkan telahan Al-Quranul karim, bahawa ummat Islam boleh  dengan mudah dihapuskan oleh persengkokolan musuh-musuhnya.

Kalau perlu UMNO disusun semula, ayuh lakukanlah; susunlah.

Apa yang penting UMNO mestilah kembali kepada asal perjuangannya untuk  bangsa, agama dan negara dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Bagaimana UMNO harus di"reform" telah cuba saya memberikan  saranan-sarananya berasaskan kepada beberapa punca yang membawa kepada  berlakunya keadaan sekarang, mengikut analisis saya yang tidak  semestinya tepat dan sempurna.

Pokoknya, sebagai orang Melayu dan Islam, kita hendaklah mengamalkan  ajaran-ajaran Islam sebenar-benarnya, bukan saja dari segi perkataan,  akan tetapi juga dari segi perbuatan.

Saya tetap berpegang kepada Surah Al-An'Am, ayat 153 yang meminta kita  semua supaya berpegang kepada ajaran Islam, dan jangan berpecah belah:

"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus; oleh itu ikutlah dia; dan  janganlah kamu ikut jalan-jalan lain akan (menyebabkan) kamu  berpecah-belah daripada jalanNya."

Akhir sekali, janganlah hendaknya, kebendaan dijadikan matalamt utama  hidup kita. Kebendaan, kalau tidak dapat diurus dengan baik, akan  akhirnya memusnahkan kita.

Ikut dan amalkanlah ajaran Allah SWT dan Sunnah Nabi besar kita,  Muhammad SWT dengan sabar dan seikhlas-ikhlas dan sebenar-benarnya.

Wallahu'alam.

mansal damha.


 

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762