|
Definasi MELAYU oleh Mat Kilau Jr
LLB
Perlembagaan Persekutuan Artikel 160 (Tafsiran)
“Melayu” ertinya seseorang yang menganut ugama ISLAM, lazim
(habitually) bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu dan
1. lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura,
atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; dan
2. ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Ini bererti Melayu di Malaysia mestilah :
berugama Islam
lazimnya bercakap Bahasa Melayu
mengamalkan adat istiadat Melayu
dari keturunan Melayu yang lahir di Persekutuan atau Singapura
sebelum atau pada hari Merdeka 31hb Ogos 1957
Isu yang timbul.
Apabila seseorang Melayu itu tidak berugama Islam, dia tidak
boleh menggelarkan dirinya sebagai Melayu lagi. Begitu juga jika
dia tidak lagi secara lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu atau
tidak lagi mengamalkan adat istiadat Melayu, dia bukanlah
seorang Melayu mengikut definasi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan
dengan itu tidak berhak mendapat keistimewaan dan hak dalam
Perlembagaan yang melibatkan orang Melayu.
Ini bererti, jika ada mana-mana orang yang tidak lengkap
“ingredients” definasi Melayu seperti dalam Perlembagaan itu,
tidak boleh menggelarkan dirinya sebagai Melayu.
Seseorang Melayu yang bukan dari keturunan Melayu yang lahir di
Persekutuan atau Singapura juga bukanlah seorang Melayu seperti
yang diertikan didalam Perlembagaan Malaysia.
Kes Lina Joy
Lina Joy memohon kepada Mahkamah Sivil supaya perkataan Islam
pada Kad Pengenalannya ditiadakan. Ini bererti Lina Joy tidak
berugama Islam dan ada bukti yang beliau berugama Kristian.
Lina Joy sebenarnya memohon kepada Mahkamah untuk tidak lagi
didefinasikan sebagai orang Melayu kerana salah satu ingredient
untuk menjadi orang Melayu sudah tiada, iaitu tidak berugama
Islam.
Lina Joy bukan memohon kepada Mahkamah Sivil untuk keluar dari
Islam kerana beliau sebenarnya bukan Islam dan juga mengaku
tiada pernah pun berugama Islam sejak dari lahir walaupun
dilahirkan oleh ibu bapa yang berbangsa Melayu.
Tiada timbul soal Lina Joy memohon untuk keluar Islam kerana
untuk keluar dari ugama Islam, permohonan mestilah dibuat
melalui Mahkamah Syariah. Permohanan untuk keluar Islam yang
dipohon di Mahkamah Syariah hanya boleh dibuat oleh orang Melayu
yang dulunya berugama Islam dan sekarang mahu berugama lain
selain dari Islam. Pemohon yang begini mesti membuktikan yang
beliau pada satu ketika berugama Islam.
Oleh hal yang demikian, permohonan Lina Joy di Mahkamah Sivil
itu sepatutnya mestilah ditolak melainkan jika permohonan itu
dipinda kepada permohonan untuk tidak didefinasikan sebagai
MELAYU. Apabila seseorang itu bukan MELAYU mengikut Perlembagaan
Malaysia, beliau adalah bebas berugama apa sahaja. Ini adalah
jelas mengikut Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
berbunyi :
“ Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”.
Fasal 4 berbunyi :
“ Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam.”
Dari hujah diatas, apa yang berlaku sekarang ini, sudah ramai
Melayu yang tidak mahu jadi Melayu lagi. Ada yang sudah sanggup
jadi murtad dalam ugama dan sanggup juga menafikan keturunan.
Apakah definasi yang boleh diberikan kepada mereka ini?. Mereka
bukan Melayu !!! Adakah mereka ini juga boleh didefinasikan
sebagai Bumiputra? Bumiputra mengikut Perlembagaan Persekutuan
hanyalah terpakai kepada kaum dan suku kaum di Sabah dan Sarawak
seperti yang didefinasikan dalam Artikel 161A dan di Semenanjung
Malaysia “Orang Asli” ertinya orang asli Semenanjung Tanah
Melayu mengikut Artikel 160 (Tafsiran).
Fikir-fikirkan lah…
|