BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: kidal@yahoo.com

From_Name: Mat Kidal

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Saudara Azmin,

Berhubong dengan tentangan saudara berkaitan kehadiran wakil-wakil pembangkang semasa dialog bersama TDM anjuran Malaysia Today, saya amat tidak bersetuju dengan pandangan saudara.

Pada pandangan saya adalah tidak salah wakil-wakil pembangkang turut hadir untuk mendengar salah laku kerajaan yang ingin di dedahkan oleh seseorang kerana memang tugas pembangkang untuk membela dan mempertahankan hak rakyat sekiranya berlaku salahlaku dalam kerajaan.

Sewajarnya pihak pembangkang turut sama dan menyatakan sokongan terhadap apa jua salah laku kerajaan.

Saudara Azmin, walaupun TDM melakukan berbagai-bagai kezaliman semasa pemerintahannya, apabila beliau bercakap sesuatu perkara berkaitan salahlaku kerajaan sewajarnya kita beri perhatian. Kezaliman lepas tidak harus di lupakan tetapi kemungkaran yang ditonjolkan tidak harus dipandang ringan dan terlepas untuk ditangani.

Saudara Azmin, saudara jangan mudah lupa, saudara juga semasa menjadi Setiausaha Politik DSAI sewaktu DSAI menjadi Menteri Kewangan telah melakukan banyak penyelewengan juga. Berapa banyak fail-fail BPR yang telah dibuka atas nama saudara dan isteri saudara. Banglo mewah di Tasik Titiwangsa, saham-saham, saya kira tak usah lah diungkit lagi. Semuanya terlepas kerana saudara pada masa itu dalam kerajaan lagi. Kezaliman yang lepas tak akan hilang saudara, tapi berfikir lah secara bijak dan rasional bila terjadi suatu kemungkaran di depan mata.

Akhir kata, bila terjadi suatu kemungkaran, biarlah kita sama-sama menegur dan tidak berdiam diri sahaja hanya kerana yang menegur itu musuh kita.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762